Nestle lantik Raja Nurmaria Murni sebagai Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Malaysia-Singapura

KUALA LUMPUR: Nestle (M) Bhd melantik Raja Nurmaria Murni Raja Nur Azmi sebagai Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Kumpulan itu untuk Malaysia dan Singapura.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Adnan Pawanteh yang bersara pada akhir November lalu selepas 40 tahun bersama syarikat tersebut.

Nestle dalam satu kenyataan berkata, rekod kepimpinan yang cemerlang menjadikan beliau sebagai individu paling sesuai untuk jawatan tersebut.

Raja Nurmaria Murni menyertai Nestle pada tahun 2011 sebagai pengurus media & pengiklanan – bertanggungjawab terhadap strategi dan pelaksanaan media untuk semua jenama Nestle di Malaysia.

Beliau kemudian dilantik sebagai pengurus jenama kanan Milo pada tahun 2015 dan seterusnya sebagai pengurus pemasaran pengguna.

Pada 2021, beliau memegang jawatan pengurus jenama global bagi minuman berasaskan tumbuhan dalam unit perniagaan strategik tenusu di ibu pejabat Nestle S.A. di Vevey, Switzerland.

Terbaharu, Raja Nurmaria Murni mengetuai strategi global untuk Milo & Nescau sebagai ketua jenama global, memacu komunikasi dan inisiatif inovasi yang berfokuskan kelestarian.

Coelho

Related Posts

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia. Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.…

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

KUALA LUMPUR: Symphony Life Berhad (“SymLife”), mengumumkan pelantikan Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 26 Mac 2025. Pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dengan warisan lebih enam dekat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO