Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

1BestariNet

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi melalui Virtual Learning Environment(Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

(Frog VLE adalah platform pembelajaran maya / Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya berasaskan awan)

Bagaimana YTL Comms Terlibat

YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) adalah anak syarikat 60% milik YTL Power International Berhad.

November 2011, Kementerian Pendidikan (KPM) menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.47 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.

YTL Comms memperoleh projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka apabila bidaan pihaknya adalah yang paling mematuhi teknikal dan efektif dari segi kos berbanding kalangan 18 pembida.

Mei 2011Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan tender untuk Projek 1Bestarinet.
November 2011YTL Communications telah dianugerahkan tender mengatasi 18 pembida lain kerana tawaran yang paling mematuhi teknikal dan kos efektif.
Mei  2012 Menandatangani kontrak untuk Fasa I projek.
Ogos 2016Menandatangani kontrak untuk Fasa 2 projek.
Jun 2019Fasa 2 projek telah berjaya disiapkan dan diperakui oleh KPM.

YTL didakwa gagal melaksanakan projek 1BestariNet

2013 – Sekolah mula melaporkan masalah dengan kelajuan internet dan sambungan. Banyak sekolah luar bandar tidak dapat memanfaatkan perkhidmatan itu susulan infrastruktur dan liputan lemah.

Laporan Ketua Audit Negara menyuarakan kebimbangan terhadap projek itu, mengetengahkan ketidakcekapan dan kegagalan mencapai objektif ditetapkan.

2014-2015 – Projek ini mendapat perhatian dan kritikan Ahli Parlimen dan orang ramai mempersoalkan keberkesanannya dan kos yang tinggi.

Audit Lanjutan: Audit tambahan mendedahkan banyak sekolah masih belum disambungkan dan penggunaan Frog VLE berada di bawah paras jangkaan.

2019 – KPM menghentikan penggunaan Frog VLE di sekolah, menggantikannya dengan Google Classroom dan alternatif lain.

YTL mendakwa KPM melanggar obligasi kontraktual susulan penamatan 1BestariNet dan Frog VLE selepas ia melantik Telekom Malaysia Bhd, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan internet interim untuk baki separuh kedua 2019.

Kerajaan bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

2020 – KPM bertegas tidak mahu meneruskan kontrak 1BestariNet dengan YES 4G.

Projek itu pada awalnya dirancang untuk tempoh 15 tahun dengan peruntukan sebanyak RM4.07 bilion, namun kemudian dipendekkan kepada tujuh tahun enam bulan. YTL Comms hanya menyelesaikan dua fasa pertama projek yang berakhir pada Jun 2019.

Selain YTL, siapa lagi terlibat dalam tender 1BestariNet?

Pada tahun 2019, Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik, memutuskan untuk tidak menyambung kontrak YTL Communications berdasarkan beberapa kajian mendalam yang dijalankan oleh badan bebas dan profesional, termasuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Projek 1BestariNet tidak pernah ditandatangani oleh Dr Maszlee Malik ketika dia sebagai Menteri Pendidikan. Fasa 1 di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Fasa 2 ogos 2016 di bawah Datuk Seri Mahdzir Khaled.

Semua urusan teknikal tender diuruskan jawatankuasa tender Kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan bukan Menteri KPM. Menteri KPM hanya menandatangani kontrak atau menurunkan kuasa kepada KSU atau pegawai yang diberikuasa olehnya.

Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) iaitu “memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan”

Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri KPM beliau hanya memberi kuasa kepada KSU Kementerian dalam nilai RM100 juta.

Ini bermakna kontrak 1bestariNet ditandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin ketika itu walaupun kosnya diperakui Jawatankuasa Perolehan (MOF) yang dipengerusinya oleh Menteri Kewangan -Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitu juga apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan dan menandatanginya kontrak 1BestariNet

Pendedahan SPRM 

SPRM siasat dakwaan salah laku YTL dalam projek 1BestariNet 

Pada 4 Sept 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications pada 2011.

Siasatan itu bermula selepas SPRM membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL di Kuala Lumpur. 

Hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita oleh SPRM.

Siasatan menjurus kepada dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu membabitkan pembayaran kira-kira RM2.7 billion selain elemen jenayah lain di bawah Akta SPRM 2009.

Kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009. 

SPRM siasat 30 saksi 

SPRM telah merekodkan keterangan sekurang-kurangnya 30 saksi termasuk pegawai Kementerian Pendidikan, kakitangan syarikat, sekolah-sekolah dan lain-lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan pegawai penyiasat telah bertemu bekas Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini.

Namun, sehingga kes selesai, tiada siasatan dibuat ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang masing-masing adalah Menteri Pendidikan dalam tempoh pelaksanaan projek itu.  

SPRM sahkan siasatan tamat, tiada pendakwaan ke atas YTL Comms

Pada 18 Disember 2024, YTL Power memaklumkan SPRM tidak menemukan sebarang salah laku anak syarikat milik 60% kumpulan itu, YTL Comms berkaitan projek 1BestariNet.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, YTL Power berkata ia dimaklumkan oleh SPRM selepas siasatan ke atas projek berbilion ringgit itu telah selesai. 

“Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima pengesahan daripada SPRM bahawa ia telah menamatkan siasatannya dan menentukan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Communications,” kata YTL Power menerusi Bursa Malaysia, pada 18 Dis. 

SPRM sahkan tiada unsur jenayah dalam tender 1BestariNet

Pada 19 Disember 2024, SPRM mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan tiada unsur jenayah dalam pelaksanaan tender 1BestariNet berdasarkan dapatan siasatan yang dijalankan sejak September lalu.

SPRM berkata siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM – memberi tumpuan kepada aspek tadbir urus serta isu berkaitan tuntutan kewangan dalam kontrak antara YTL Communications Sdn Bhd dan KPM.  

Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah mengarahkan SPRM untuk menyerahkan laporan penuh hasil dapatan siasatan kepada KPM, berserta syor-syor penambahbaikan.  

Antara langkah utama yang disyorkan ialah agar KPM kembali ke meja perundingan bersama YTL Communications Sdn Bhd untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu berbangkit daripada kontrak tender perkhidmatan yang telah dipersetujui.

YTL Comms bebas pendakwaan berkait projek 1BestariNet 

YTL terbukti bebas daripada dakwaan rasuah, penyelewengan, dan salah laku melibatkan projek 1BestariNet bernilai RM4.47 bilion. Justeru, tiada pendakwaan yang akan dikenakan terhadap YTL Comms. 

Siasatan yang bermula pada September lalu akhirnya menemui noktah apabila tiada unsur jenayah ditemui dalam siasatan ke atas tender 1BestariNet itu.

Keputusan SPRM itu menyelesaikan kemelut melanda YTL sebuah syarikat konglomerattersenarai awam yang terjejas dengan spekulasi 1BestariNet. 

Coelho

Related Posts

Kronologi Skandal Rasuah Spanco

BAHAGIAN 1 Selama beberapa dekad, syarikat pengurusan armada kenderaan Spanco Sdn Bhd memegang kontrak lumayan untuk menjadi pembekal eksklusif kenderaan untuk kerajaan persekutuan. Spanco Sdn Bhd (Spanco) ditubuhkan pada tahun…

Skandal Penjualan Saham dan Pengambilalihan Pengurusan Menara KL, Apa Status Kes?

BAHAGIAN 1 Pendedahan Kes Penghujung tahun 2022, tular di sosial media isu mengenai pengambilalihan pengurusan Menara KL. Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) memindahkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

  • December 20, 2024
Skandal 1BestariNet, Syarikat Konglomerat YTL Bebas Tuduhan Salah Laku

Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

  • December 19, 2024
Tiada unsur jenayah dalam siasatan tender 1BestariNet – SPRM

Rosmah lepas dan bebas 17 pertuduhan

  • December 19, 2024
Rosmah lepas dan bebas 17 pertuduhan

Taikun Tiong Hiew King ambil alih perniagaan minyak sawit daripada Subur Tiasa, Rimbunan Sawit

  • December 19, 2024
Taikun Tiong Hiew King ambil alih perniagaan minyak sawit daripada Subur Tiasa, Rimbunan Sawit

MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR

  • December 19, 2024
MRCB tarik diri daripada konsortium Berjaya untuk Projek KL-SG HSR

SPRM sahkan siasatan 1Bestarinet selesai, tiada pertuduhan terhadap YTL Comms

  • December 18, 2024
SPRM sahkan siasatan 1Bestarinet selesai, tiada pertuduhan terhadap YTL Comms