Bursa Malaysia dibuka jatuh bawah 1,600 mata

KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.71 mata kepada 1,596.70 daripada 1,602.41 pada Jumaat lalu.

Indeks dibuka rendah 3.45 mata kepada 1,598.96.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 293 berbanding 75, dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,726 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 195.46 juta saham bernilai RM76.91 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lepas berikutan data pekerjaan AS yang positif mewujudkan kebimbangan mengenai inflasi, mengukuhkan jangkaan bahawa Fed akan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah pada tahun ini.

Pak Leng berkata, pelabur kekal berhati-hati mengenai pemulihan China, didorong oleh penggunaan yang lembap dan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.

“Dalam negara, unjuran kami kekal berhati-hati berikutan faktor luaran terus mempengaruhi sentimen pelabur.

“Bagaimanapun, penilaian yang rendah dijangka menarik pembeli semasa penurunan harga, justeru, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan berada dalam julat 1,600 hingga 1,610 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH, masing-masing naik dua sen kepada RM10.12 dan RM7.08 manakala CIMB merosot empat sen kepada RM8.14, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.43 dan Tenaga susut enam sen kepada RM14.04.

Dalam saham aktif, Key Alliance berkurangan setengah sen kepada 0.5 sen, Velocity Capital, Ekovest, Widad dan Xidelang, masing-masing kekal mendatar pada 8.5 sen, 35 sen, 4.5 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 39.77 mata kepada 12,263.00, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 41.06 mata kepada 12,209.68 dan Indeks FBMT 100 susut 38.97 mata kepada 11,944.87.

Indeks FBM 70 merosot 46.22 mata kepada 18,421.31 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 27.75 mata kepada 5,325.72.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 8.19 mata kepada 841.49, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 38.10 mata kepada 18,886.44, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.67 mata kepada 169.99 dan Indeks Perladangan berkurangan 7.95 mata kepada 7,502.67. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura