Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.

Katanya, ia selaras dengan hasratnya supaya Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.

TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di AS pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.

Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat AS disalahgunakan oleh pegawai China.

“Saya mahu AS memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini,” kata Trump menerusi media sosial.

Sehubungan itu, TikTok mula memulihkan perkhidmatannya selepas Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengembalikan akses aplikasi itu di AS apabila beliau kembali memegang jawatan pada Isnin.

“Kita tiada pilihan. Kita mesti menyelamatkannya,” kata Trump dalam satu perhimpunan pada Ahad menjelang majlis angkat sumpahnya.

Beliau turut menambah bahawa AS akan mencari usaha sama untuk memulihkan aplikasi perkongsian video pendek yang digunakan oleh 170 juta rakyat AS itu.

Dalam mesej kepada pengguna beberapa jam sebelum perhimpunan majlis angkat sumpah beliau, TikTok berkata: “Hasil usaha Presiden Trump, TikTok kembali di AS”.

TikTok juga mengeluarkan kenyataan awal selepas pengguna AS melaporkan mereka boleh mengakses laman sesawang aplikasi milik China itu.

Namun, aplikasi TikTok yang jauh lebih popular hanya mula kembali dalam talian untuk sebahagian pengguna dengan perkhidmatan asas, malah sehingga malam Ahad, aplikasi itu masih tidak tersedia untuk dimuat turun di kedai aplikasi AS.

“Dengan persetujuan penyedia perkhidmatan kami, TikTok sedang dalam proses memulihkan perkhidmatan,” menurut kenyataan awal TikTok.

Kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada Trump kerana ‘memberikan penjelasan dan jaminan kepada penyedia perkhidmatan bahawa mereka tidak akan menghadapi penalti kerana menyediakan TikTok kepada lebih 170 juta rakyat AS dan membantu lebih tujuh juta perniagaan kecil terus berkembang.”

Trump sebelum ini berkata beliau kemungkinan besar akan memberikan TikTok penangguhan selama 90 hari daripada larangan itu selepas mengambil alih jawatan, satu janji yang dirujuk oleh TikTok dalam notis kepada pengguna di aplikasinya.

Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, merancang untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden AS dan perhimpunan bersama Trump pada Ahad, menurut sumber kepada Reuters.

Beberapa pihak, termasuk bekas pemilik Los Angeles Dodgers, Frank McCourt, dilaporkan berminat dengan perniagaan yang berkembang pesat itu, yang menurut penganalisis boleh bernilai sehingga AS$50 bilion (RM225 bilion).

Media juga melaporkan bahawa Beijing telah berbincang mengenai penjualan operasi TikTok di AS kepada bilionair dan sekutu Trump, Elon Musk, walaupun syarikat itu menafikannya.

Sementara itu, syarikat pemula carian AS, Perplexity AI, mengemukakan bidaan kepada ByteDance pada Sabtu untuk bergabung dengan TikTok AS, menurut sumber yang mengetahui rancangan syarikat itu kepada Reuters.

Perplexity bercadang untuk bergabung dengan TikTok AS dan membentuk entiti baharu dengan menggabungkan syarikat gabungan itu dengan rakan kongsi lain, tambah sumber tersebut.

ByteDance, syarikat induk TikTok, kini dimiliki kira-kira 60 peratus oleh pelabur institusi seperti BlackRock dan General Atlantic, manakala pengasas serta pekerjanya masing-masing memegang 20 peratus. Syarikat itu mempunyai lebih 7,000 pekerja di AS. – REUTERS

Coelho

Related Posts

Volkswagen pecat lebih 500 pekerja bermasalah sepanjang 2025

BERLIN: Kumpulan automotif Jerman, Volkswagen (VW), mengesahkan telah menamatkan perkhidmatan lebih 500 pekerja pada tahun ini atas pelbagai kesalahan disiplin, termasuk ponteng kerja tanpa sebab dan pelanggaran peraturan syarikat. Jurucakap…

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah