Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi

  • News
  • February 11, 2025

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan disusuli dengan perjanjian bersyarat antara Malaysia dan Singapura.

“Kami masih dalam perbincangan mengenai kaedah pembinaan kabel ini. Saya menjangkakan perbincangan ini akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura,” katanya seperti dilaporkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan umum di Institut ISEAS-Yusof Ishak, di sini.

Abang Johari berkata, perkara itu turut dibincangkan semasa mesyuarat dua hala yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong.

Beliau berkata, pemasangan kabel dasar laut itu membabitkan pelbagai aspek teknikal, termasuk perolehan dan ‘pelaksanaan’, memandangkan hanya terdapat tiga kabel dasar laut seumpamanya di dunia.

Sementara itu, Abang Johari berkata dalam pertemuannya dengan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, mereka turut membincangkan mengenai penubuhan Pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Kuching, Sarawak.

Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa penubuhan pejabat itu sudah dipersetujui semasa Permukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura ke-10 pada 2023.

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengenal pasti lokasi. Selain itu, perbincangan turut diadakan mengenai kerjasama antara Malaysia dan Singapura, khususnya antara Sarawak dan Singapura,” katanya. – BERNAMA

SINGAPURA: Kaedah pembinaan bagi projek kabel elektrik dasar laut berkapasiti 1,000 megawatt (MW) dari Sarawak ke Singapura dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan disusuli dengan perjanjian bersyarat antara Malaysia dan Singapura.

“Kami masih dalam perbincangan mengenai kaedah pembinaan kabel ini. Saya menjangkakan perbincangan ini akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura,” katanya seperti dilaporkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan umum di Institut ISEAS-Yusof Ishak, di sini.

Abang Johari berkata, perkara itu turut dibincangkan semasa mesyuarat dua hala yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong.

Beliau berkata, pemasangan kabel dasar laut itu membabitkan pelbagai aspek teknikal, termasuk perolehan dan ‘pelaksanaan’, memandangkan hanya terdapat tiga kabel dasar laut seumpamanya di dunia.

Sementara itu, Abang Johari berkata dalam pertemuannya dengan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, mereka turut membincangkan mengenai penubuhan Pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Kuching, Sarawak.

Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa penubuhan pejabat itu sudah dipersetujui semasa Permukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura ke-10 pada 2023.

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengenal pasti lokasi. Selain itu, perbincangan turut diadakan mengenai kerjasama antara Malaysia dan Singapura, khususnya antara Sarawak dan Singapura,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura