Affin Bank tambah 14 cawangan di Sarawak menjelang Julai 2025

KUALA LUMPUR: Affin Bank Berhad akan menambah bilangan cawangannya di Sarawak kepada 14 menjelang Julai ini sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengembangkan perkhidmatan dan mengukuhkan kehadirannya di negeri itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, ketika ini ia mengendalikan lapan cawangan di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, sebelum membuka enam cawangan tambahan di lokasi utama di Sarawak.

“Komitmen kami adalah untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua segmen — daripada pengguna kepada korporat dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) — dengan perkhidmatan kewangan kami yang pernah memenangi banyak anugerah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis makan malam bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Affin Bank Sarawak 2025, yang turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas lanjut, beliau berkata bank itu juga menyasarkan pertumbuhan sebanyak 12 peratus dalam pinjamannya untuk Sarawak tahun ini, berikutan peningkatan kira-kira 10 peratus pada 2024 yang menjadikan jumlah pinjaman kepada RM3.2 bilion.

Bank berkenaan kata beliau, juga merancang untuk menganjurkan Hari Korporat Affin yang pertamanya pada 28 Februari di sini dalam komitmen untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan perkongsian strategik di negeri tersebut.

“Acara ini akan menjadi platform untuk kami dapat mempamerkan penyelesaian pembiayaan dan pelaburan kami yang komprehensif, disesuaikan untuk memperkasakan perniagaan, pelabur dan komuniti Sarawak,” tambahnya.

Kerajaan Sarawak kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar dalam Affin Bank dengan kepentingan sebanyak 31.25 peratus selepas berjaya memperoleh lagi tambahan 26 peratus kepentingan ekuiti institusi berkenaan.

Perkembangan tersebut dicapai selepas kerajaan negeri itu menandatangani perjanjian jual beli dengan Lembaga Dana Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd pada 27 September tahun lepas. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

  • July 26, 2025
Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN