Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • News
  • April 8, 2025

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya, Khairil Faizal Othman.

Beliau berkata, seramai 193 daripada keseluruhan 205 staf yang menerima surat tawaran — yang diberikan selaras dengan prinsip “no less favourable” atau dengan manfaat yang tidak kurang daripada sebelumnya seperti yang termaktub dalam kontrak kerajaan – telah menerima tawaran tersebut.

“Kami telah memberi tawaran kepada semua pekerja dengan faedah yang sama dan tidak kurang. Seramai 193 orang telah menerimanya, selebihnya ada yang mendapat tawaran baharu dan ada juga yang telah berusia untuk meneruskan kerjaya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi dialog awam (townhall) bersama staf Menara KL, di sini, malam tadi.

LSHSM sebelum ini mendapat konsesi selama 20 tahun bermula 1 April untuk menguruskan menara komunikasi milik kerajaan itu, selepas tempoh konsesi Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) tamat pada 31 Mac.

Bagaimanapun, beliau berkata, hampir 40 pekerja, vendor, dan subkontraktor mewakili pihaknya telah dihalang daripada memasuki Menara KL pada tengah malam 1 April oleh pihak konsesi terdahulu.

Susulan insiden itu, Khairil Faizal berkata, beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kerana dihalang daripada memenuhi obligasi kontrak dengan kerajaan untuk memulakan operasi pada tarikh tersebut.

Beliau berkata, pada masa ini kesemua 193 pekerja terlibat sedang bekerja dari rumah dan pihaknya sedang menyusun jadual bagi membolehkan mereka bekerja mengikut giliran di Laman Seri Harmoni (LSH33) di sini buat sementara waktu.

“Kami sangat bersedia untuk memulakan operasi seperti termaktub dalam kontrak, tetapi telah dihalang… termasuk dari segi penjualan tiket dan menerima pengunjung. Jadi buat masa ini, kami tidak dapat memberi anggaran kerugian.

“Buat masa ini, tiada tarikh pengurusan kes di mahkamah atau tarikh yang membolehkan kami mula beroperasi di Menara KL. Namun, kami sentiasa bersedia untuk mematuhi komitmen kami dengan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bukan Eksekutif LSH Capital, Tan Sri Lim Keng Cheng berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Menara KL antara menara yang terkemuka dan menarik di Asia serta dunia.

“Walaupun terdapat banyak pencakar langit di Kuala Lumpur, Menara KL tetap unik kerana kedudukannya yang berdekatan dengan hutan serta pemandangan kota yang menakjubkan, ditambah dengan restoran berputar yang menawarkan pengalaman 360 darjah.

“Kami serahkan isu ini kepada mahkamah dan peguam kami, tetapi komitmen terhadap kebajikan kakitangan tetap menjadi keutamaan.

“Sepanjang sesi townhall ini, kami akan mengumpul nota dan maklum balas daripada staf bagi penambahbaikan. Kami juga tidak mahu menukar sesuatu yang sememangnya sudah baik,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Hydroshoppe Sdn Bhd – pemegang saham tunggal MKLSB – telah menyaman kerajaan bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM1 bilion berhubung penamatan perjanjian pengendalian Menara KL. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah