Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global.

Logam berharga itu susut selepas mencatat paras tertinggi sepanjang masa minggu lalu, namun penganalisis kekal optimis terhadap prestasi emas berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Pada jam 1.36 tengah hari waktu Timur AS (1.36 pagi Selasa waktu Malaysia), harga emas spot turun 2.4 peratus kepada AS$2,963.19 seauns atau RM426.016 segram, selepas menyentuh paras terendah hampir empat minggu pada AS$2,955.89 atau RM424.967 segram.

Niaga hadapan emas AS pula ditutup susut dua peratus kepada AS$2,973.60.

“Emas mengalami pembetulan harga apabila pelabur beralih kepada tunai dan mata wang selamat lain seperti franc Swiss dan yen Jepun di tengah kegawatan pasaran, yang boleh mendorong kepada pembetulan lebih besar,” kata penganalisis kanan pasaran di Tradu.com, Nikos Tzabouras.

Dolar AS turut mengukuh berbanding mata wang utama lain, menjauhi paras terendah enam bulan yang dicatat minggu lalu. Dolar yang lebih kukuh menjadikan emas lebih mahal untuk pemegang mata wang asing lain.

Menurut Ketua Strategi Komoditi TD Securities, Bart Melek, pasaran emas kini berdepan tekanan disebabkan kebimbangan terhadap kecairan dan penutupan margin oleh spekulator.

Pasaran saham utama pula mengalami kejatuhan dalam dagangan yang tidak menentu selepas Presiden AS, Donald Trump memberi amaran bakal mengenakan tarif sebanyak 50 peratus terhadap China jika negara itu tidak menarik balik tarif balasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Rumah Putih menafikan laporan bahawa Trump mempertimbangkan penangguhan tarif selama 90 hari ke atas semua negara kecuali China, dengan menyifatkan laporan itu sebagai “berita palsu”.

Pasaran kini menjangkakan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) sebanyak 120 mata asas menjelang hujung tahun ini, dengan 37 peratus kebarangkalian kadar diturunkan seawal Mei. Penurunan kadar biasanya meningkatkan daya tarikan emas kerana logam itu tidak memberikan pulangan faedah.

Emas sebelum ini melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa AS$3,167.57 seauns pada Khamis lalu, dipacu aliran masuk pelaburan selamat yang kukuh berikutan ketegangan geopolitik dan permintaan tinggi daripada bank pusat.

Dalam logam berharga lain, perak spot naik 0.5 peratus kepada AS$29.71 seauns selepas pulih daripada paras terendah hampir tujuh bulan yang dicatat awal hari. Platinum pula susut satu peratus kepada AS$907.09 seauns manakala paladium turun 0.9 peratus kepada AS$903.19. – REUTERS

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation