Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • News
  • April 15, 2025

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan.

Katanya beliau tidak mengetahui di mana kelemahan perkara berkenaan memandangkan dana sudah diberikan tetapi projek di lapangan tidak dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

“Peruntukan sudah diberi, nampaknya di lapangan tidak dilaksanakan dengan secepat mungkin. Maka saya minta kepada agensi yang menyelaras memantau pelaksanaan projek untuk turun padang.

“Asalkan projek sudah diumumkan oleh saya serta rakan Kabinet lain, kita telah memberi peruntukan dan ia harus dijalankan dengan segera,” katanya berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2025 Jabatan Premier Sarawak di Kuching.

Beliau turut memberi contoh projek perluasan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK 2) yang telah ditetapkan untuk siap menjelang April 2028 sempena penganjuran International Water Conference.

Abang Johari berkata, projek itu perlu dilaksanakan tanpa kelewatan memandangkan ia melibatkan reputasi antarabangsa.

“Kalau lambat (siap), malu kita. Kita dah menang bida jadi tuan rumah, kalahkan negara lain. Tapi kalau siap awal, ia akan beri impak besar kepada imej dan ekonomi negeri,” ujarnya.

Beliau menekankan bahawa struktur pentadbiran dan agensi pelaksana mesti turun padang bagi memastikan projek berjalan lancar.

Abang Johari berkata tiada alasan untuk kelewatan kerana mandat dan dana telah diberikan.

“Selagi projek diumumkan dan peruntukan diluluskan, ia mesti dilaksana cepat. Agensi pelaksana kena turun ke lapangan. Jangan tunggu-tunggu,” tegas beliau.

Katanya ia turut memperkukuh rasional di sebalik penyusunan semula Kabinet Negeri, iaitu bagi memastikan pelaksanaan projek strategik Sarawak berjalan lancar, pantas dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita semua kena kerja keras. Bukan hanya pegawai, menteri pun kerja masa hujung minggu dan masa raya. Sambil raya, sambil bincang,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa fokus utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah pelaksanaan projek mega strategik termasuk pembangunan lapangan terbang baharu dan pelabuhan laut dalam, selari dengan transformasi ekonomi negeri ke arah ekonomi maju.

Katanya, menjelang fasa baharu pembangunan, Sarawak tidak lagi akan memberi penekanan besar terhadap pembinaan asas seperti jalan raya dan jambatan kerana majoritinya telah disiapkan di bawah perancangan sebelumnya.

Beliau menggesa kerjasama erat antara sektor perkhidmatan awam dan pentadbiran kerajaan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan menepati jadual.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta menteri-menteri Kabinet lain.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN