Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • News
  • April 18, 2025

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin Bank Bhd sebagai spekulasi semata-mata.

Sarawak tidak menghantar mana-mana wakil kerajaan negeri untuk membincangkan perkara itu dengan Kumpulan AmBank, kata Abang Johari menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, Premier berkata Sarawak sentiasa bersedia berunding dengan mana-mana entiti yang ingin menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri.

“Kalau nak meminang, kena tanya ayah dia dulu… tapi (dalam konteks ini), ayah tak tahu tentang perkara itu, jadi macam mana nak lamar?

“Selain gurauan, saya juga terkejut apabila membaca laporan itu… Laporan itu hanyalah spekulasi.

“Saya tidak ada komen kerana saya tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya dipetik sebagai berkata pada majlis RECODA Raya Rindok anjuran Lembaga Kemajuan Koridor Wilayah (RECODA) pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan, bahawa kerajaan negeri Sarawak sedang mencari untuk membeli kepentingan dalam AMMB sebagai sebahagian daripada rancangan penggabungan dengan Affin.

Cadangan telah dibuat oleh pihak mesra yang mewakili negeri, kepada pemegang saham 11.83% AMMB Tan Sri Azman Hashim, kata laporan itu, walaupun perbincangan masih belum membuahkan hasil.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah