Kington Tong Kum Loong, M & A Securities cuba senaraikan Elsa Energy di Pasaran ACE Bursa Malaysia

author
2 minutes, 14 seconds Read

KUALA LUMPUR: Elsa Energy Sdn Bhd syarikat perkhidmatan tenaga bersepadu,  kejuruteraan geosains dan penyelesaian digital dilaporkan bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Elsa Energy Sdn Bhd rakan kongsi Petronas Technology Venture Sdn Bhd turut terlibat dalam penyelesaian perkhidmatan robot sehenti yang boleh menyediakan pemeriksaan dari udara hingga ke dalam air untuk pelbagai sektor industri tenaga.

Penyenaraian Elsa Energy Sdn Bhd Pasaran ACE Bursa Malaysia dilaporkan diuruskan oleh M&A Securities Sdn Bhd untuk dan  seorang ahli perniagaan juga peguam bernama Kington Tong Kum Loong 

Pengarah Syarikat Energy Sdn Bhd,  Daniel Ilham Khong  dan Amiruddin Mohd setakat ini tidak mendedahkan butiran tawaran awam permulaan (IPO) Elsa.

Mungkin ia masih misteri susulan pendedahan mengenai penglibatan jenayah Kington Tong Kum Loong yang didedahkan di laman sosial sebelum ini. Jika terdedah siapa membantu syarikat Elsa Sdn Bhd pasti akan menjejaskan syarikat itu.

Kington Tong Kum Loong yang sebelum ini Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di beberapa syarikat senarai awam melakukan manipulasi saham untuk mengaut keuntungan. Beliau juga dilaporkan menjual semua kepentingan sahamnya di beberapa syarikat senarai awam yang dikuasainya.

Sumber mendedahkan penjualan semua sahamnya itu ada kaitan kepada usahanya untuk menaja Penyenaraian Elsa Energy Sdn Bhd ke Pasaran ACE Bursa Malaysia bersama M&A securities.

Bagaimanapun penyenaraian itu masih belum diluluskan oleh Bursa Malaysia setakat ini kerana belum menepati kriteria ditetapkan.

M&A Securities ialah Penasihat, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk pelaksanaan IPO beberapa syarikat di negara ini.

M&A Securities ambil alih SYF Resources Bhd (SYF)

Mei lalu M & A Securities Sdn Bhd (M&A Securities) sendiri mengumumkan bakal menjadi syarikat senaraian awam, selepas SYF Resources Bhd (SYF) menandatangani perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn Bhd (Malacca Securities) untuk syarikat itu menaja jamin bahagian terbuka terbitan hak untuk mengumpul RM62.58 juta.

SYF, yang asalnya adalah pengilang perabot, telah melupuskan perniagaan sedia ada dan akan menceburi industri perkhidmatan kewangan melalui pembelian M&A Securities, syarikat broker saham dan penasihat korporat tempatan yang berkembang pesat, dalam satu pengambilalihan berbalik (RTO).

30 jun M & A Securities Sdn Bhd mengumumkan kejayaan menyelesaikan langkah pengambilalihan berbalik (RTO) SYF Resources Bhd (SYF) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Sejajar dengan pelaksanaan langkah RTO itu, SYF turut menukar namanya kepada M & A Equity Holdings Bhd (M & A Equity) yang lebih mencerminkan perniagaan teras baharu serta rancangan masa depannya dalam industri perkhidmatan kewangan.

Apakah M & A Securities dan Kington Tong Kum Loong akan berjaya menyenaraikan Elsa Energy Sdn Bhd Pasaran ACE Bursa Malaysia?

Apakah Elsa Energy Sdn Bhd tidak akan ditipu oleh Kington Tong Kum Loong yang terkenal dengan manipulasi dan bagaimana beliau cuba mencuri syarikat senarai awam lain?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *