Kadar cukai perkhidmatan naik kepada 8% untuk aktiviti antara perniagaan, kemahuan

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 6% ke 8% yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan (discretionary) dan aktiviti antara perniagaan (business-to-business; B2B). Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan itu memastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar cukai kepenggunaan yang lebih tinggi khususnya dalam perkhidmatan […]

Sultan Selangor dukacita, ingatkan Hadi tidak lagi hina Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang disifatkan boleh membawa perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya di kalangan orang Melayu di negara ini. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan agar ahli-ahli politik dan pemimpin politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Baginda memberi […]

Nilai ringgit dijangka meningkat tahun ini – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Malaysia menjangkakan nilai ringgit akan meningkat tahun ini, berikutan asas dan prospek positif ekonomi. Ringgit mencecah seketika paras terendah dalam tempoh 26 tahun minggu lalu, dan telah susut kira-kira 3.7% setakat tahun ini. Bank pusat Malaysia berkata, mata wang telah terkurang nilai dan tidak […]

Rombak industri sawit supaya terus mapan – Johari

KUALA LUMPUR: Industri sawit di Malaysia perlu dirombak, termasuk memastikan penglibatan serta kerjasama semua pihak terbabit bagi menjamin kelangsungan kemampanan sektor itu di masa akan datang. Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kalangan peserta industri dan pekebun kecil perlu bekerjasama agar industri itu dapat dimajukan tanpa membabitkan […]

Minat mendalam terhadap teknologi, R&D dorong Tengku Abu Bakar sertai Datasonic

KUALA LUMPUR: Minat yang mendalam terhadap teknologi dan perkembangan globalnya mendorong Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah sertai Datasonic Group, sebagai Pengerusi Eksekutif. Beliau yakin Datasonic mempunyai peluang yang jelas untuk mengharungi gelombang pendigitalan global kerana Datasonic adalah sebuah syarikat tempatan yang dilengkapi dengan keupayaan global. “Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Datasonic mendapat permintaan […]

Tak wajar samakan situasi ringgit hari ini dengan tahun 1998 – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan, situasi ekonomi Malaysia ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan pada 1998. Jelas Perdana Menteri, ini kerana kedudukan negara ketika ini jauh lebih baik walaupun mata wang tempatan sedang melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pada 1998, selain daripada kejatuhan […]

Daythree Digital pecah rekod hasil sebanyak RM89.9 juta pada 2023

KUALA LUMPUR: Daythree Digital Berhad mengumumkan keputusan kewangan berakhir 31 Disember 2023 (“TK2023”), dengan memecah rekod hasil sebanyak RM89.9 juta, merupakan peningkatan 38.1% berbanding jumlah tahun lepas (“TK2022”) sebanyak RM65.1 juta. Penyedia Perkhidmatan Perniagaan Global (“GBS”) terkemuka itu berkata, pertumbuhan ini adalah bukti penjajaran strategik Daythree dengan permintaan yang melonjak dalam industri GBS. Untuk TK2023, […]

Pemegang saham Aneka Jaringan lulus semua resolusi dalam AGM

KUALA LUMPUR: Aneka Jaringan Holdings Bhd, mengumumkan para pemegang sahamnya menyokong kesemua enam resolusi yang dibentangkan pada mesyuarat itu, sekaligus mencerminkan keyakinan yang kukuh terhadap hala tuju strategik dan kepimpinan kumpulan itu. Kumpulan itu dalam kenyataan memaklumkan, resolusi utama yang diluluskan termasuk penerimaan dan penerimaan penyata kewangan teraudit Kumpulan bagi tahun berakhir, pemilihan semula pengarah, […]

Pasaran saham positif pada awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatatkan positif selepas merosot selama dua hari berikutan aktiviti pengambilan untung. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49 mata kepada 1,545.98 daripada 1,545.49 pada Khamis. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.86 mata kepada 1,546.35. Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 227 berbanding 204 […]

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh dalam persekitaran data ekonomi AS yang berdaya tahan, kata pakar ekonomi. Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7745/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7710/7800 pada Khamis. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data […]