Tokoh Wartawan Negara 2014, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara 2014 Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi tadi. Perkara itu disahkan isteri Allahyarham Noraini Shariff. “Innalilahi wainna ilaihi rojiun. Suami saya Ahmad Rejal Arbee telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi pada 2 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas ketua pengarang Pertubuhan Berita […]

ASB 2 agih pendapatan 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan 4.75 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024. Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, agihan pendapatan ASB 2 membabitkan jumlah pembayaran […]

Stoking Kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah hina agama Islam

SHAH ALAM: Pengasas KK Mart dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah. Datuk Seri Chai Kee Kan, 57, dan Loh Siew Mui,53, yang juga pengarah syarikat itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Muhamad Anas […]

SC arah Pengarah Quantum Metal henti tawar saham kepada orang awam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan Pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI), Datuk Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng, untuk segera menghentikan dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam. “Tawaran saham QMEI, yang sedang berjalan, melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan media semalam. Arahan […]

Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang data inflasi

KUALA LUMPUR; Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Februari. Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lalu. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama pendapat umum rata-rata mengunjurkan […]

Bursa Malaysia bermula hambar dipengaruhi prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin dipengaruhi oleh prestasi yang sama di Wall Street pada Jumaat minggu lalu berikutan sentimen berbeza-beza apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dana persekutuan tidak berubah pada 5.25 hingga 5.50 peratus bagi mesyuarat kelima berturut-turut. Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut […]

Wan Fayhsal dakwa Anwar sudah serah dokumen perjanjian melalui “wakil”

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyerahkan dokumen perjanjian ketua Ketua Pembangkang. Dakwa Ketua Armada BERSATU itu, perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff. “Bukan semua benda PMX nak cerita dengan kamu macam dia buat […]

Teladan Group, bangunkan Taman Teknologi Jerman seluas 138 hektar di Jasin

KUALA LUMPUR: Teladan Group Bhd menerusi anak syarikatnya, Riverwell Resources Sdn Bhd (RRSB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Melaka Corporation (MCORP), untuk membangunkan Taman Teknologi Jerman seluas 138.08 hektar di Ayer Panas, Daerah Jasin, Melaka. Kerjasama dengan agensi pembangunan Kerajaan Negeri Melaka itu menarik pelaburan Jerman ke negeri Melaka dan mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia-Jerman. Projek […]