Sersol Berhad pecat Justin Lim daripada jawatan CEO

author
0 minutes, 39 seconds Read

KUALA LUMPUR: Gagal hadir ke pejabat tanpa notis sewajarnya, Sersol Berhad memecat Datuk Justin Lim Hwa Tat daripada jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu berkuat kuasa Isnin, 6 November 2023.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, syarikat itu berkata Justin tidak memberi maklum balas kepada surat tunjuk sebab yang dihantar oleh syarikat itu berikutan penggantungan jawatannya sebagai CEO pada 30 Ogos 2023.

Justin Lim mula menjadi tumpuan ramai bermula 12 Julai 2023, apabila disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM bagi siasatan berkait dengan pembayaran tertentu yang dibuat Sersol melaluinya.

Justin dikatakan telah melarikan diri ke luar negara sejak Februari 2023, dalam tempoh dia masih memegang jawatan CEO syarikat.

Makluman di Bursa Malaysia Securities, menunjukkan bahawa Justin masih memegang 23.12% kepentingan dalam Sersol.

Justin meletak jawatan sebagai pengarah SMTrack Berhad pada 15 Ogos 2023.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *