OPR kekal 3.00% – BNM

Menurut Bank Pusat, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bank Negara Malaysia menambah, susulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan
kebelakangan ini.

Keadaan ini berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan, seperti yang dijangka.

Pertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada tahun 2023 akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan manakala perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri.

Ketibaan pelancong pula bertambah dengan stabil dan dijangka terus meningkat lantas menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan.

Manakala aktiviti pelaburan akan disokong oleh projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan.

“Keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan berikutan pertumbuhan kredit yang berterusan. Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan.

“Risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi pula berpunca terutamanya daripada faktor-faktor dalam negeri seperti aktiviti pelancongan yang lebih kukuh daripada jangkaan serta
pelaksanaan projek yang lebih pantas,” katanya.

Inflasi keseluruhan terus menurun berikutan faktor kos yang lebih rendah, meskipun inflasi teras juga menjadi sederhana, inflasi tersebut kekal tinggi berbanding dengan purata jangka panjang berikutan faktor permintaan dan kos yang berlarutan.

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras bagi separuh kedua tahun 2023 diunjurkan lebih rendah namun pada amnya adalah mengikut jangkaan.

Risiko terhadap prospek inflasi terus sangat dipengaruhi oleh inflasi teras yang berlarutan, perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga, serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan.

Tambahnya, ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang
teguh.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi.

Meskipun pembukaan semula China terus menyokong ekonomi global, kadar pemulihannya menjadi perlahan pada bulan-bulan kebelakangan ini.

Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun, namun inflasi teras masih melebihi purata yang dicatatkan sebelum ini dan pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat.

Manakala prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh momentum ekonomi utama yang lebih perlahan, inflasi
sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman ( OPR) pada 3.00 peratus selepas menaikkan sebanyak 25 mata asas pada 3 Mei lalu, menepati jangkaan awal pasaran.

  • Coelho

    Related Posts

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    JAKARTA – Nilai perdagangan dua hala Malaysia dan Indonesia dijangka meningkat kira-kira 10 peratus kepada AS$29.3 bilion pada 2026, didorong oleh pengukuhan hubungan ekonomi, peluasan akses pasaran serta kerjasama strategik…

    Petronas Perluas Empayar Tenaga Melalui Perjanjian Strategik Baharu di Turkmenistan

    ASHGABAT, 20 Jun – Selepas tiga dekad beroperasi di Turkmenistan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus mengukuhkan kedudukannya di rantau Asia Tengah apabila memeterai beberapa perjanjian strategik baharu yang dijangka membuka…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    • July 13, 2026
    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    • July 12, 2026

    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    • July 10, 2026

    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    • July 9, 2026