Jati Tinggi bermula cemerlang hari pertama di Bursa Malaysia, 30 sen sesaham

KUALA LUMPUR: Jati Tinggi Group Bhd, syarikat kejuruteraan utiliti infrastruktur hari ini meraikan penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd dengan premium 13% apabila harga sahamnya dibuka pada 30.5 sen berbanding harga IPO 27 sen sesaham.

Melalui IPO itu, Jati Tinggi berjaya mengumpul sebanyak RM18.04 juta.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi pembayaran balik pinjaman bank, RM7.34 juta untuk modal kerja am yang diperuntukkan untuk projek baharu dan sedia ada, RM200,000 bagi membeli mesin win untuk menyokong pengembangan perniagaan dan RM3.5 juta lagi untuk perbelanjaan penyenaraian.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Jati Tinggi, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata perjalanan ke penyenaraian ini adalah usaha kerjasama, didorong oleh kerja keras dan dedikasi pasukan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terbabit dalam perjalanan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Aktiviti teras kumpulan merangkumi rangkaian perkhidmatan penting termasuk perolehan, pemasangan, ujian dan penyelenggaraan perkhidmatan serta penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah dan atas tanah.

Selain itu, ia menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) pencawang, selain pembekalan dan pemasangan peralatan elektrik untuk pencawang elektrik.

Dengan tumpuan kepada perancangan projek dan pengurusan projek, Jati Tinggi membina kedudukan sebagai pemain penting dalam industri bekalan elektrik di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Kewangan Korporat TA Securities Holdings Bhd, Ku Mun Fong, berkata kemunculan sulung Jati Tinggi di Pasaran ACE menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan korporat mereka.

Katanya, dengan model perniagaan dan rancangan pengembangan strategik mereka, Jati Tinggi berada pada kedudukan yang baik untuk merebut peluang baru muncul dalam sektor ini.

“Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kami berharap dapat menyaksikan kejayaan dan pertumbuhan masa depan kumpulan pada tahun-tahun akan datang dengan memanfaatkan peluang yang ada daripada perbelanjaan modal yang akan ditanggung oleh Tenaga Nasional (TNB) menurut pengumuman baru-baru ini,” katanya.

TA Securities bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO Jati Tinggi.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025