Dua pengurus bank antara 10 individu ditahan berkait kes curi RM24.2 juta dari akaun pelanggan MBSB

KUALA LUMPUR: Sepuluh individu termasuk dua daripadanya pengurus bank didakwa di Mhakamah Sesyen Kot Kinabalu hari ini dikaitkan dengan pengeluaran wang RM24.2 juta dariipada beberapa akauan simapanan tetap pelanggan bank MBSB. Selain dua pengurus bank lapan lagi individu itu termasuk seorang kontraktor, guru didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang melakukan kesalahan berat bagi […]

DNA Sah Mayat Nur Farah Kartini – KP Selangor

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh adalah Nur Farah Kartini Abdullah, 25. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ia hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh pihaknya hari ini. “DNA positif, mayat adalah Nur Farah Kartini. Mayat akan diserahkan kepada keluarga hari ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari […]

Berang diugut mahu dedahkan hubungan sulit kepada isteri disyaki punca Nur Farah Kartini dibunuh

KUALA LUMPUR: Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek didakwa menjadi punca mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibunuh. Menurut sumber, konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya. “Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek. “Suspek yang sudah […]

Mayat Nur Farah Kartini Ditemukan, Dipercayai Dibunuh

KUALA LUMPUR: Kehilangan wanita sejak Rabu lalu (10 Julai) terjawab apabila mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, dipercayai dibunuh individu dikenalinya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 petang semalam. “Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Sebelum […]

SPRM beku 20 akaun bank suami isteri pempengaruh bernilai RM740,000

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank bernilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu. Menurut sumber, beberapa akaun yang dibekukan itu dimiliki individu serta syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam […]

Isu HRD Corp: SPRM hadir ke KESUMA ambil dokumen berkaitan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dipercayai bagi mengambil dokumen berkaitan isu HRD Corp. Empat pegawai SPRM berkenaan tiba pada jam 11.20 pagi dengan hanya berpakaian biasa dan menaiki kenderaan tidak berlogo. Selepas kira-kira sejam berada di bangunan KESUMA dipercayai bagi mengambil dokumen berkaitan isu HRD Corp, […]

Rasuah PROLINTAS: SPRM bebas 3 kakitangan, tahan dua subkontraktor

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan tiga kakitangan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang ditahannya minggu lalu berhubung dakwaan rasuah membabitkan kontrak lebuh raya bernilai RM1.67 bilion. Ketiga-tiga mereka dibebaskan pada pagi Selasa berikutan tamat tempoh reman lanjutan lapan hari mereka. Kesemua mereka ditahan pada 24 Jun lalu, dan direman empat hari […]

Peguam CEO Prolintas tuntut penjelasan SPRM

KUALA LUMPUR: Peguam kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi lebuh raya, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal minggu ini, menuntut penjelasan daripada suruhanjaya itu mengapa anak guam mereka (Datuk Mohammad Azlan Abdullah) dihadapkan ke mahkamah tanpa notis awal. Farhan Read, yang mewakili CEO tersebut, menulis surat yang ditujukan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan […]

PROLINTAS sahkan kakitangan ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) mengesahkan penahanan reman beberapa kakitangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan. PROLINTAS dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan dalam membantu siasatan. “PROLINTAS menerima maklum bahawa beberapa warga kerja kami telah ditahan […]