MOSTI gesa institusi kewangan, pelaburan buka ruang bantu biayai industri berkaitan Angkasa di Malaysia

LANGKAWI: Dana pembiayaan daripada kerajaan adalah terhad untuk membiayai sektor berkaitan angkasa di Malaysia.

Justeru itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa institusi kewangan dan pelaburan sama-sama membuka ruang bagi membiayai industri berkaitan angkasa di Malaysia.

Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata selain kerajaan, beliau yakin mekanisme pembiayaan lain seperti modal teroka, perkongsian awam-swasta (PPP), intrumen pembiayaan yang kompetitif dan pendanaan awam dapat membantu dalam usaha merealisasikan aspirasi angkasa negara.

“Mekanisme kewangan ini boleh digunakan untuk memangkin industri angkasa tempatan. Pada tahun 2021 sahaja, rekod menunjukkan pasaran awam dan swasta menempatkan modal baru sebanyak US$10 bilion (US$1=RM4.60) untuk syarikat-syarikat angkasa.

“Minat yang semakin meningkat untuk meneruskan kesan sampingan, perkongsian dan pelaburan swasta mendorong minat pasaran awam dan swasta untuk membiayai hala tuju produk syarikat-syarikat ini, sekali gus mempercepatkan inovasi dan menyediakan lebih banyak persaingan dalam syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi 2023 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini bersempena dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23).

Mengulas lanjut, Arthur berkata laporan menunjukkan ekonomi angkasa global mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa berjumlah kira-kira US$447 bilion, meningkat daripada US$280 bilion pada 2010, dan dijangka meningkat lagi kepada US$1 trilion menjelang 2030.

“Oleh itu, sudah tiba masanya institusi kewangan dan pelaburan mempertimbangkan industri angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara. Inovasi kewangan adalah satu kemestian bagi industri angkasa,” katanya.

Ujar beliau, mekanisme pembiayaan baharu seperti geran kompetitif, pembiayaan hutang, mekanisme perkongsian risiko dan insentif cukai boleh menarik pemain tempatan dan asing untuk menyumbang atau menubuhkan perniagaan di sini.

Sementara itu, Arthur turut mengulas mengenai Pelan Strategik Industri Angkasa Malaysia 2030 yang dilancarkan semalam, yang mana pelan itu telah menggariskan beberapa inisiatif untuk dilaksanakan dengan matlamat mewujudkan ekosistem pembiayaan dan pelaburan yang mampan bagi menggalakkan pengkomersialan angkasa.

Beliau juga menggesa syarikat insurans dan badan penggubal undang-undang untuk mengikuti perkembangan itu bagi memastikan era baharu inovasi angkasa mencapai potensi penuh sambil turut menekankan keperluan untuk mempunyai rangka kerja undang-undang dan kawal selia mengenai tadbir urus angkasa atas sebab keselamatan, politik dan pertahanan.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • September 6, 2024
    • 17 views
    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    KUALA LUMPUR: “Wallahi, satu sen pun saya tak ambil.” – Demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas namanya dikaitkan dengan siasatan terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.…

    • News
    • September 5, 2024
    • 45 views
    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd di ibu negara semalam sebagai sebahagian siasatan terhadap projek bernilai RM4 bilion 1BestariNet yang sudah dihentikan. Kontrak YTL…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    • September 6, 2024
    Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    • September 5, 2024
    OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    • September 5, 2024
    Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    • September 5, 2024
    Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

    • September 5, 2024
    Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar