TNB bangunkan Sistem THySIS untuk lindungi Hutan Simpan

  • News
  • March 6, 2023

KUALA LUMPUR 5 Mac – Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang membangunkan sistem tersendiri bagi memastikan pembinaan menara penghantarannya tidak menjejaskan spesis terancam sejajar komitmennya terhadap pengukuhan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Menggunakan kepakaran dalaman Bahagian Gridnya, Tree Hyperspectral Identification System (THySIS) dibangunkan untuk menjadi sistem paling lengkap yang pertama seumpamanya di negara ini bagi mengesan spesis pokok terancam secara automatik menggunakan teknik penderiaan jauh (remote sensing).

Ketua Pegawai Grid TNB, Ir. Dev Anandan berkata, sistem THySIS ini akan membolehkan TNB mengenal pasti flora dan fauna di kawasan terlibat sebelum mengemukakan cadangan laluan penghantaran, berbanding sebelum yang bergantung sepenuhya kepada maklumat pihak berkuasa hutan.

“Justeru sistem ini akan digunakan apabila Jabatan Perancangan Tanah di TNB mahu mengenal pasti laluan atau jajaran rentis TNB untuk kerja-kerja pembangunan menara talian penghantaran yang baru,” kata beliau.

Menurutnya, ia adalah satu daripada inisiatif Bahagian Grid TNB dalam mengukuhkan lagi komitmen syarikat utiliti elektrik nasional itu terhadap aspirasi ESG yang menjadi antara agenda pentingnya dalam memperkasa dan mempergiat Peralihan Tenaga.

Bahkan katanya, ia mendukung Pembangunan Mampan (Agenda 2030) dalam Rancangan Malaysia ke-12 berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mensasarkan manusia menikmati kemakmuran dengan menyeimbangkan ekonomi, sosial dan alam sekeliling.

“Projek ini dijangka mampu membantu TNB dan negara memulihara hutan simpan dan tumbuhan unik khususnya menyelamatkan spesis terancam daripada mengalami kepupusan.”

Sistem THySIS beroperasi dengan menggunakan kaedah LIDAR (pengesanan dan julat cahaya -light detection and ranging) bersama kaedah hiperspektral yang dipasang pada drone (unmanned aerial vehicle). Kedua-dua sistem itu mengumpul data-data mengenai tumbuhan dan memetakannya dalam bank imej.

Dev berkata, ini bermakna penggunaan THySIS membolehkan TNB mengesan lebih awal jenis-jenis tumbuhan di kawasan cadangan sekali gus dapat membuat pemilihan laluan bagi pembinaan menara dan talian penghantaran agar mengelak kawasan spesis pokok terancam.

“Jabatan Perancangan Tanah TNB akan cuba sedaya upaya mengelak daripada melalui laluan atau jajaran yang mempunyai spesis-spesis terancam. Jabatan Perhutanan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengenalpasti 40 spesis pokok yang tidak boleh ditebang kerana mengalami kepupusan,” katanya.

  • Sequeira

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura