Banjir, hujan lebat jejas pengeluaran sawit

KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sawit mungkin boleh terjejas sekiranya hujan lebat berterusan sehingga suku kedua, kata seorang peserta industri.

Menurut pengarah syarikat perladangan Ganling Sdn Bhd Ah Ling, banjir yang melanda pada masa ini dijangka hanya memberi impak minimum kepada pengeluaran, tetapi angka pengeluaran perlu disemak jika hujan berterusan.

“Sebaik sahaja selepas bulan Disember, kami mengunjurkan pengeluaran domestik meningkat daripada 18.4 juta tan kepada 19.1 juta tan. Mungkin (ia memerlukan) sedikit pelarasan.

“Biasanya kesan La Nina terhadap pengeluaran sawit berbanding El Nino sangat berbeza. La Nina sangat fizikal tetapi tidak semua kawasan banjir.

“Dan saya rasa ia sudah mula kering sekarang,” katanya pada acara webinar minyak sawit anjuran UOB Kay Hian.

Beliau berkata walaupun La Nina boleh mengganggu bekalan pada suku pertama, pengeluaran akan meningkat pada separuh pertama tahun ini dan hingga ke suku pertama 2024.

Sekiranya El Nino muncul pada separuh kedua tahun ini, ia tidak mungkin memberi kesan kepada bekalan dan harga minyak sawit mentah (MSM) sehingga separuh kedua tahun depan, tambahnya.

Beliau seterusnya berpendapat inventori semasa sebanyak 2.1 juta tan kekal menyokong paras harga MSM semasa.

“Harga MSM dijangka lemah pada separuh kedua tahun ini disebabkan pengeluaran yang lebih tinggi dan permintaan yang lemah,” katanya.

Namun begitu, beliau berkata La Nina pada masa ini yang dijangka berakhir bulan ini, masih boleh memberi kesan kepada pengeluaran kacang soya di Argentina dan selatan Brazil, sekali gus melonjakkan harga komoditi itu.

Keadaan itu dijangka tidak memberi kesan kepada penanaman kacang soya di Amerika Syarikat, tambah Ling.

Sequeira

Related Posts

  • Utama
  • June 14, 2025
  • 101 views
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

PUTRAJAYA, — Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta bagi membantu organisasi media negara menyesuaikan diri dengan perubahan pesat teknologi digital dan kebangkitan kecerdasan buatan (AI), umum Perdana Menteri Datuk Seri…

  • Utama
  • June 5, 2025
  • 174 views
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan bahawa pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 akan dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN