Asyraf Wajdi dilantik pengerusi Mara

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bekas ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) baharu berkuat kuasa Jumaat lepas.

Ahmad Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata surat watikah pelantikan jawatan itu diserahkan kepada Asyraf Wajdi di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya.

“Asyraf Wajdi telah dilantik, ia bukan desas-desus lagi, saya telah watikahkannya (surat pelantikan) pada Jumaat yang lepas.

“(Gambar tular) Sebab itu bukan berita politik maka ia adalah sahih dan pelantikannya dibuat di KKDW kerana Mara adalah agensi di bawah KKDW,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Ibu Pejabat Kejora, Bandar Penawar.

Turut hadir Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan negeri Azmi Rohani.

Asyraf Wajdi, 47, yang juga sekretariat kerajaan perpaduan sebelum ini pernah memegang jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuat kuasa 29 Julai 2015 hingga 10 Mei 2018.

Sebelum ini, jawatan pengerusi Mara disandang Azizah Muhd Dun sejak 1 Mei 2020 dan beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Beaufort.

Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar yang mendakwa Asyraf Wajdi dilantik sebagai pengerusi Mara baharu.

  • Sequeira

    Related Posts

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd dan Maxis Bhd masing-masing membayar RM327.87 juta bagi memperoleh pegangan saham milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dalam Digital Nasional Berhad (DNB) serta menyelesaikan pinjaman tertunggak…

    • Utama
    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    PUTRAJAYA — Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dengan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal