Penggodam bocor dokumen sulit tentera babit 3 entiti Singapura

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya tiga entiti Singapura dikenal pasti dalam dokumen sulit tentera yang didakwa dicuri penggodam dan dibocorkan dalam talian untuk dijual.

The Straits Times melaporkan, mereka difahamkan bahawa dokumen sulit itu dipercayai termasuk dokumen daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pengeluar peluru berpandu MBDA Missile Systems, dan dua negara – Itali dan Filipina.

Maklumat berkenaan dimuat naik di forum penggodam pada Selasa lalu.

Data itu merangkumi data lebih 50GB, ditawarkan untuk dijual pada harga AS$1,000 (RM4,400), dengan sampel disediakan melalui saluran pada aplikasi mesej popular Telegram.

Semakan fail sampel itu oleh ST mendapati warga Singapura, Muhammad Ali Abdul Rahiman @ Muawiya, dikenal pasti sebagai ‘individu bernilai tinggi’ di bawah senarai orang yang dikategorikan sebagai pengganas.

Semakan menunjukkan senarai itu kemungkinan dikeluarkan antara Mei dengan Oktober 2021.

Muawiya telah melarikan diri ke selatan Filipina pada 1990-an dan adalah ketua suspek dalam penculikan tiga pekerja Palang Merah di wilayah Sulu pada 2009.

Dia dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara di pulau Jolo pada 2012, tetapi kematiannya tidak pernah disahkan.

Pada 2016, terdapat laporan kematiannya selepas serangan tentera di seluruh Maguindanao, tetapi tiada pengesahan mengenai kematiannya itu.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menyatakan pada 2019 bahawa Muawiya dipercayai masih hidup.

Selain itu, beberapa muka surat dokumen sulit yang menyebut syarikat Singapura, ST Electronics, turut dikongsi sebagai sebahagian sampel itu.

Namun, tidak dapat disahkan sama ada semua dokumen yang diberikan sebagai sampel itu adalah sahih.

ST menghubungi ST Engineering untuk mengetahui sama ada ia menyedari kejadian berkenaan.

Selain itu, beberapa program latihan yang dijalankan oleh Angkatan Udara Republik Singapura juga dikatakan termasuk dalam senarai dokumen yang bocor.

Sebagai maklum balas kepada pertanyaan, jurucakap Kementerian Pertahanan Singapura berkata, ia dimaklumkan mengenai kebocoran maklumat beberapa bahan berkaitan latihan.

Selain itu, dokumen lain daripada pertubuhan berbeza yang disebut dalam kebocoran itu, bagaimanapun, mempunyai klasifikasi ‘rahsia’ atau ‘sulit’.

Sedang keseluruhan pangkalan data itu menjangkau beberapa tahun, beberapa dokumen bertarikh agak baru, dengan yang terbaru pada Jun 2022.

Menurut tangkap layar yang disediakan penjual kebocoran itu, fail itu juga mengandungi maklumat mengenai Australia, China, Israel, Jepun, Korea, Russia, Thailand dan Vietnam.

Sampel dokumen NATO pula dikatakan diambil daripada misinya di Kosovo yang bertarikh antara 2017 dengan 2018.

Fail itu diklasifikasikan sebagai ‘Sulit Nato’ atau ‘Terhad NATO’. – AGENSI

  • Sequeira

    Related Posts

    • Utama
    • June 5, 2025
    • 126 views
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan bahawa pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 akan dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois…

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025