Saham Iris terjejas kemungkinan pembatalan projek NIISe

KUALA LUMPUR: Saham Iris Corporation Bhd (Iris) berada di bawah tekanan selepas terdapat ura-ura bahawa kerajaan mungkin membatalkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Saham syarikat teknologi itu susut 13 peratus pagi tadi selepas timbul spekulasi pembatalan kontrak NIISe bernilai RM1 bilion, susulan perkembangan projek itu yang dilaporkan perlahan.

Pada penutup sesi pagi, saham Iris bagaimanapun mengurangkan kerugian apabila didagangkan kepada 10.5 sen sesaham, susut satu sen atau 8.7 peratus, dengan pemodalan pasaran berada pada RM342.61 juta, dengan 50.596 juta saham bertukar tangan.

Bagaimanapun, saham MyEG Services Bhd yang turut dikaitkan dengan isu kontrak NIISe selepas ia dikatakan akan menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) semasa yang telah diguna pakai oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 13 tahun lalu, melonjak kepada 77 sen, naik 3.5 sen dengan 74.93 juta saham bertukar tangan.

MIDF Research dalam nota penyelidikan berkata, ura-ura pembatalan kontrak NIISe dianggap perkembangan positif kepada MyEG jika ia benar-benar berlaku.

“Hanya 10 peratus daripada projek itu telah siap, dan jika pembatalan disahkan, kami percaya ia adalah perkembangan positif, kerana projek NIISe ditetapkan untuk menggantikan myIMMs yang digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Sebaliknya, ketidaktentuan projek NIISe tidak mungkin menghalang keupayaan MyEG untuk mendapatkan lanjutan tiga tahun lagi konsesi e-kerajaan mereka pada Mei 2023,” katanya.

MIDF Research mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham MyEG dengan harga sasaran yang tidak berubah sebanyak RM1 sesaham.

Menurut firma penyelidik itu, penamatan kontrak NIISe berkemungkinan memberi manfaat kepada MyEG memandangkan ia boleh meningkatkan kemungkinan bahawa myIMMs yang dilaksanakan kepada beberapa vendor termasuk MyEG disambung.

“Secara keseluruhannya, kami percaya risiko penyingkiran kontrak ini telah diambil kira. Prestasi teguh MyEG dan rekod prestasi kukuh menunjukkan bahawa status projek NIISe yang tidak dapat diselesaikan akan memberi sedikit impak kepada prospek masa depan syarikat,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Sabtu lalu berkata kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk membatalkan kontrak NIISe yang diperoleh anak syarikat Iris, IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd.

Beliau mengesahkan perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan Kementerian dalam Negeri (KDN) diberi tempoh sehingga bulan depan untuk menyediakan dan mengemukakan nota kepada Jemaah Menteri yang memerlukan keputusan hala tuju mengenai projek berkenaan.

“Setakat ini belum ada lagi keputusan (untuk batalkan kontrak syarikat). Benar, mesyuarat Kabinet ada membincangkan dan ada saya mengangkat kertas nota kepada Jemaah Menteri untuk tujuan perbincangan (projek NIISe). 

“Nota itu bermaksud pemakluman mengenai kemajuan projek itu, manakala Memo Jemaah Menteri pula memerlukan keputusan dasar,” katanya.

Sequeira

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 314 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH