TM, ZTE jalin kerjasama bina ‘hybrid cloud’ berteraskan 5G

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dan ZTE (Malaysia) Corp Sdn Bhd menjalin kerjasama untuk membina ‘hybrid cloud’ berteraskan rangkaian 5G.

TM dan ZTE Malaysia berkata dalam tempoh tiga tahun akan datang, kerjasama strategik ini akan memupuk inovasi dan kemajuan teknologi terkini untuk projek 5G Core TM, yang merangkumi bekas-bekas logam, seni bina berasaskan SDN, penambah baik penggunaan perkakasan, CUPS dan penyahgandingan tiga lapisan (3-layer decoupling).

Kenyataan itu berkata, pelancaran berkenaan dijangka akan mengubah dan merevolusikan cara pemprosesan dan penghantaran data, yang boleh memberi kesan ketara kepada pembangunan teknologi dan aplikasi masa hadapan.

“Pembangunan rangkaian berkapasiti tinggi ini juga akan memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk jalur lebar dan kelajuan rangkaian apabila penggunaan dan ekosistem 5G Malaysia semakin berkembang,” katanya.

Kenyataan itu berkata, penyepaduan rangkaian tertumpu ini akan mengukuhkan keupayaan TM untuk menyediakan ketersambungan yang lancar dan prestasi rangkaian yang lebih baik, memberi perkhidmatan kepada pelbagai industri, termasuk sektor penjagaan kesihatan, kewangan, pengangkutan dan pendidikan.

“Selain itu, ‘hybrid cloud’ berteraskan rangkaian 5G ini akan membantu dalam pertumbuhan bandar pintar, internet pelbagai benda (IoT) dan teknologi generasi baharu lain yang memerlukan sambungan pantas dan kependaman rendah,” tambahnya.

Naib Presiden Eksekutif Unifi Mobile, Jasmine Lee Sze Inn, berkata kerjasama itu menandakan pencapaian penting dalam kemajuan teknologi 5G di Malaysia, dengan ‘hybrid cloud’ berteraskan rangkaian 5G baharu dijangka merevolusikan industri telekomunikasi Malaysia.

“Kerjasama strategik ini akan mengubah rangkaian berkeupayaan 5G untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang inovatif melalui rangkaian dan infrastruktur tercanggih kami, dan membolehkan ketersambungan yang lancar dan prestasi rangkaian yang terbaik.” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Malaysia, Steven Ge, berkata sebagai pembekal terkemuka global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, syarikat yakin kemajuan ‘hybrid cloud’ berteraskan rangkaian 5G ini akan menjadi model untuk rangkaian masa hadapan.

“ZTE komited kepada kerjasama ini yang bakal meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara peneraju di rantau ini untuk melancarkan rangkaian 5G,” kata beliau.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025