Cagaran KWSP babit risiko minima kepada peminjam – PM

  • News
  • March 21, 2023

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membolehkan pencarum membuat pinjaman bank dengan cagaran kepada simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disifatkan mempunyai risiko yang minima kepada peminjam.

Dalam masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kepentingan peminjam tetap dipelihara dengan dividen tetap diberikan kepada ahli KWSP berkenaan.

“Jaminan kepentingan peminjam itu dipelihara, umpamanya dividen diteruskan walaupun cagaran, contoh RM50,000 sebagai pinjaman, tetapi dividen akan diberi penuh ikut kumpulan asal, dan tidak akan dipotong.

“Jadi, KWSP merasakan dalam beberapa tahun, pulangan itu dapat diperolehi. Kalaulah ada jumlah kecil yang gagal membayar, ia tidak akan mengesankan parah sebab jumlah induk dan dividen sudah ditambah.

“Jadi potongan dari sudut dividen. Risiko itu mengikut pemahaman saya sangat minima,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya di dewan rakyat.

Ujarnya lagi, cadangan cagaran KWSP itu juga telah dirujuk kepada penasihat undang-undang dan Peguam Negara, serta tidak bercanggah dengan Seksyen 51 Akta KWSP.

“Tentunya dari segi penasihat undang-undang KWSP, dan Peguam Negara telah dirujuk dan tidak ada percanggahan dengan Seksyen 51,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, cadangan cagaran KWSP itu bukan satu-satunya tindakan Kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan.

“Kita juga mencari jalan lain untuk membantu. Contohnya, nelayan dan pekebun kita bantu secara berasingan untuk mengurangkan beban mereka selain bantuan kepada penjawat awam.

“Jangan anggap KWSP itu sebagai satu sahaja kaedah meringankan beban mereka,” tambah beliau.

Dalam pada itu katanya, bilangan ahli KWSP berumur bawah 55 tahun dengan simpanan kurang daripada RM10,000 mencecah 6.7 juta.

Jelasnya, majoriti angka itu adalah dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera yang secara purata median mempunyai RM4,937 sahaja dalam simpanan.

“Sebab itu sekarang ini, setelah 20 negara memberi keizinan membuat pengeluaran tabung simpanan hari tua, tatkala menghadapi COVID-19, semua negara itu telah menghentikan kelulusan tambahan.

“Tidak ada satu negara meneruskan sebab prinsip tabungan dan akad mereka itu adalah untuk pengeluaran masa akan datang melainkan kes kecemasan,” ujarnya.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 386 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025