Carl Bek-Nielsen dilantik jadi Pengerusi baharu MPOC

KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) melantik Datuk Carl Bek-Nielsen sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa 1 Mei 2023.

Nielsen mempunyai pengalaman yang luas dalam industri minyak sawit Malaysia dan pernah berkhidmat di Lembaga MPOC, justeru mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri.

Dengan peranan baharu sebagai Pengerusi MPOC, beliau akan terus menumpukan perhatian kepada kelestarian dan penambahbaikan sosial dalam sektor minyak sawit Malaysia.

Beliau juga akan memastikan pintu perdagangan kekal terbuka untuk komoditi pertanian terbesar di dunia memandangkan industri bergerak ke arah matlamatnya untuk mengeluarkan minyak sawit yang lestari.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Belvinder Sron, berkata pihaknya yakin kepimpinan dan komitmen yang tidak berbelah bagi Carl terhadap kelestarian dan kemajuan sosial dalam perdagangan minyak sawit.

“Justeru, akan membantu memastikan prospek perdagangan global industri kekal terbuka, dan amalan lestari diteruskan untuk berada di barisan hadapan matlamat sektor,” katanya dalam satu kenyataan.

Nielsen adalah Naib Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Bhd dan menjadi Ahli Majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) sejak 2005.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis MPOC dari 2005 hingga 2020 serta berkhidmat dalam Jawatankuasa Penasihat Program kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dari 2008 hingga 2019.

Pada 2014, beliau dilantik ke Lembaga Gabenor Rundingan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) sebagai Pengerusi Bersama, mewakili MPOA, dan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama selama sembilan tahun sehingga awal tahun ini apabila beliau memutuskan untuk tidak bertanding semula.

Beliau juga dilantik sebagai Konsul Jeneral Kehormat Denmark bagi Putrajaya dan Kuala Lumpur, serta Konsul Kehormat Denmark ke Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.

  • Coelho

    Related Posts

    OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

    KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit di bawah Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus…

    Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali

    KUALA LUMPUR: Deleum Bhd menerusi Deleum Oilfield Services Sdn Bhd menerima kontrak menyediakan perkhidmatan dan peralatan penyelenggaraan telaga (slickline) untuk Pakej A1 selama lima tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    • March 27, 2025
    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    • March 25, 2025
    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    • March 19, 2025
    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

    • March 19, 2025
    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan