Tahap celik kewangan digital rakyat masih rendah – BNM

KUALA LUMPUR: Tahap kesedaran dan kepercayaan yang rendah serta keyakinan dan tahap celik kewangan digital yang masih terhad terus menjadi halangan bagi sesetengah segmen masyarakat untuk menerima pakai dan meraih manfaat daripada perkhidmatan kewangan digital (DFS).

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Laporan Tahunan 2022 menjelaskan penekanan tentang kepentingan celik kewangan sebagai kemahiran hidup dapat melengkapkan pengguna dengan pengetahuan dan sumber untuk menguruskan aktiviti kewangan harian dengan berkesan, bertanggungjawab dan berkeyakinan.

“Tahap celik kewangan yang dipertingkat, termasuk tahap celik kewangan digital, akhirnya akan memperkasakan pengguna agar dapat memanfaatkan DFS dengan lebih baik apabila menguruskan kewangan harian mereka,” katanya.

BNM berkata, Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Sudut Permintaan bagi Tahun 2021 (Kaji Selidik FCI 2021) yang dijalankan oleh pihaknya baru-baru ini menganggarkan 74 peratus rakyat Malaysia menggunakan DFS.

Pemerhatian yang sama oleh Global Findex Survey 2021 Bank Dunia menunjukkan bahawa 79 peratus orang dewasa di Malaysia menggunakan pembayaran digital, dan 42 peratus daripada kumpulan ini menggunakannya buat kali pertama semasa pandemik.

“Pertambahan bilangan aplikasi dan alat kewangan yang ketara menyebabkan pengguna perlu bijak dari segi digital dan kewangan untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan digital yang sesuai serta memanfaatkannya dengan sebaik mungkin, termasuk untuk tujuan pelaburan,” katanya.

Bank pusat itu menyatakan bahawa meskipun penggunaan DFS semakin meluas namun, Kaji Selidik FCI 2021 menunjukkan bahawa tahap celik kewangan digital dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

“Jurang ini akan meningkatkan risiko pengguna menjadi mangsa penipuan dalam talian seperti pemancingan data, serangan penggodam, penggunaan data tanpa kebenaran dan dipergunakan sebagai ‘akaun keldai’.

“Kes mangsa penipuan dan scam kewangan yang dilaporkan menunjukkan bahawa maklumat peribadi yang dicuri merupakan faktor risiko yang utama,” katanya.

Justeru, BNM menekankan bahawa langkah-langkah mempelajari dan memupuk tabiat keselamatan siber yang baik bagi melindungi maklumat peribadi, terutama apabila menggunakan mana-mana platform digital untuk menguruskan kewangan, dapat mengurangkan kemungkinan pengguna menjadi mangsa penipuan. 

  • Coelho

    Related Posts

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025