PLUS syarikat lebuh raya pertama menang anugerah PR di Singapura

KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (PLUS) muncul syarikat lebuh raya pertama memenangi Anugerah Sektor Awam pada Majlis Anugerah Persatuan Komunikasi Perhubungan Awam (PRCA) APAC 2023 yang diadakan di Singapura.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Syed Mohammed Idid, berkata penghargaan ini adalah satu penghormatan kepada kerja keras 3,800 warga PLUS sepanjang tahun lalu.

“PLUS sememangnya bertuah kerana memenangi anugerah ini kerana kami bersaing dengan jenama hebat seperti Pasukan Polis Hong Kong, Yayasan Maritim Singapura dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Hong Konh dan menjadi pemenang kali pertama.

“Ia adalah testimoni cemerlang bahawa industri lebuh raya komunikasi boleh menjadi serancak dan sekuat yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua PRCA APAC, Tara Munis, pula berkata majlis anugerah berkenaan adalah peluang untuk mempamerkan kemahiran perhubungan awam (PR) dan komunikasi terbaik sepanjang tahun lalu.

“Semua finalis sudah menyampaikan kerja yang cemerlang dan pemenang mewakili yang terbaik dalam industri kami,” katanya.

Majlis berkenaan menyaksikan lebih 40 perunding perhubungan awam berpangkalan di Asia Pasifik serta korporat terkenal dari China, Hong Kong, Singapura, Indonesia Filipina, India, Australia dan Malaysia.

PRCA ditubuhkan pada 1969 dan bahagian Asia Pasifik dilancarkan pada 2021. Matlamat persatuan ini adalah untuk meningkatkan standard dalam PR dan komunikasi, menyediakan data industri kepada ahli, memudahkan perkongsian amalan terbaik komunikasi dan mewujudkan peluang rangkaian.

  • Coelho

    Related Posts

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025