Ringgit semakin kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.395/3995 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa pada 4.4020/4065.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kini berlegar ke arah 101.564, menyusut 0.52 peratus.

Beliau berkata menurut Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS) Amerika Syarikat, pembukaan pekerjaan di AS yang turun kepada 9.931 juta pada Februari berbanding jangkaan pasaran sebanyak 10.4 juta menunjukkan pasaran buruh semakin lemah.

“Situasi sedemikian boleh menyebabkan Rizab Persekutuan AS mungkin mengubah pendirian mereka, malah memilih untuk tidak menukar Kadar Dana Persekutuan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang pada bulan Mei.

“Oleh itu, kami percaya gandingan dolar-ringgit (USDMYR) akan terus meningkat kepada sekitar RM4.39 hingga RM4.40 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.8194/8227 daripada 4.8118/8167 pada penutup Selasa dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3423/3449 berbanding 3.3135/3171, tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4925/4963 daripada 5.5078/5134 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3176/3201 daripada 3.3198/3234 pada penutup Selasa dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.40 daripada 295.40/295.80.

Bagaimanapun, ringgit hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 8.07/8.08 daripada 8.07/8.09 dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9412/9561 daripada 12.8612/8800 sebelumnya.

  • Coelho

    Related Posts

    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    KUALA LUMPUR– Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap IJM Corporation Berhad berpotensi meningkatkan risiko pelaksanaan serta menambah ketidaktentuan terhadap tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat oleh Sunway Berhad, menurut MBSB Research.…

    Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

    KUALA LUMPUR, 9 Jan — Citaglobal Berhad mendedahkan bahawa anak syarikatnya, Citaglobal Capital Sdn Bhd, merekodkan pinjaman tertunggak berjumlah RM18.5 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2025.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    • January 23, 2026
    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    • January 20, 2026
    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    • January 18, 2026
    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    • January 18, 2026
    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    • January 16, 2026
    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

    • January 16, 2026
    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan