Kelewatan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) tidak jejaskan keupayaan kapal – Mohamad Hasan

  • News
  • April 6, 2023

KUALA LUMPUR: Kelewatan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan
keupayaan kapal itu terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tapa sebarang masalah.

.….Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan nanti, syaf juga (kita guna) yavig sama.

“Namun kita perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System), kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik…termasuk juga kita sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin mengetahui sama ada kelewatan pembinaan LCS menjejaskan kemampuan kapal itu dengan penggunaan barangan lama pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata Kementerian Pertahanan tidak aka berkompromi dengan mana-mana pihak dalam urusan melibatkan siasatan dan pendakwaan berkaitan pembinaan LCS.

‘”Ada syarikat yang kita nak lupuskan daripada menjadi orang tengan dan persetujuan untuk ini telah kita capai, cuma ada satu kaveat yang kita tidak mahu iaitu mereka minta dikecualikan daripada apa jua
sebarang tindakan pada masa akan datang.

“Kami tidak mahu berkompromi dalam hal itu, sebab apa, bagi kami di Kementerian Pertahanan, terpulang kepada agensi yang menyiasat…..dan agensi pendakwaan itu bukan dalam rung lingkup kementerian jadi siapa sahaja yang akan disiasat terpulang kepada mereka,” katanya.

Jelasnya ketika in kementerian telah bersetuju untuk menandatangani Universal Settlement Agreement untuk menyelesaikan hal berkait orang tengah berkenaan, lapor Bernama.

“Kita akan bayar (syarikat) Contraves Advance Devices ini, pembayaran tersebut memang perlu dibayar untuk menyelesaikan (bayaran) kepada OEM (Pengilang Peralatan Asal),” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 387 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025