KAPB isytihar dividen 8%, untung bersih melonjak 25.4% pada FY22

KUALA LUMPUR: Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB) mengisytiharkan pengagihan dividen sebanyak 8% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) kepada ahli anggota koperasi yang layak dan akan dikreditkan ke dalam modal syer anggota bermula bulan ini.

KAPB dalam kenyataan memaklumkan, prestasi kewangan tahun ke tahun KAPB secara keseluruhan menunjukkan pertumbuhan lebih kukuh dan positif berbanding perolehan tahun lalu apabila Berjaya merekodkan peningkatan keuntungan bersih yang melonjak kepada 25.4% berbanding tahun kewangan terdahulu, didorong oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan mampan tetapi berisiko rendah.

Katanya, dalam tempo lapan tahun bermula 2015 sehingga kini, KAPB berjaya mengekalkan prestasi kadar dividen yang tinggi, kompetitif dan optimum berbanding nilai pulangan semasa yang ditawarkan ole mana-mana institusi pelaburan lain saban tahun.

“Nilai pulangan pelaburan yang ditawarkan oleh KAPB juga merupakan antara yang tertinggi di Malaysia dengan kadar terendah sebanyak 8% dan tertinggi sebanyak 15%,” katanya.

Pengerusi Eksekutif KAPB, Datuk Ilyas Mohamed berkata, walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi serba mencabar, pihaknya terus mengekalkan rekod cemerlang dan berdaya saing dalam memberikan pulangan paling optimum yang mana 90% daripada keuntungan dijana oleh KAPB bagi tahun kewangan 2022 diagihkan semula dalam bentuk dividen kepada anggota koperasi sekali gus menjamin masa depan kewangan mereka.

“Bagi memastikan KAPB terus memberikan pulangan yang mampan kepada para pelabur, kami telah memperhalusi strategi pelaburan kami berdasarkan pelan jangka panjang dengan wawasan jelas yang berpandangan jauh.

“Kami secara agresif melaksanakan kepelbagaian portfolio berisiko rendah secara berfasa dalam pasaran dan kelas aset yang berbeza bagi memastikan nilai pulangan yang positif,”‘ katanya.

Menurut Ilyas, pihaknya juga komited memperkasa golongan kontraktor, vendor, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan agensi kerajaan dalam melancarkan aliran tunai perniagaan mereka menerusi segmen pemfaktoran atau pengurusan pembiayaan invois sekali gus membantu perkembangan ekonomi secara mampan.

Katanya, kemudahan pemfaktoran yang mereka tawarkan ini member alternatif kewangan baharu yang lebih anal bagi membantu melaksanakan projek yang diterima.

“Bukan itu sahaja, KAPB turut memberikan pengawasan korporat yang kukuh dan mempromosikan tadbir urus korporat yang baik untuk memacu pertumbuhan dan prestasi syarikat-syarikat pelaburan kami.

“Kami juga mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti bagi memastikan mandat yang diberi oleh pelabur digalas secara konsisten,” katanya.

Untuk rekod, KAPB mempunyai 12,000 ahli koperasi yang sah berdaftar setakat ini sejak mula ditubuhkan pada tahun 2014.

  • Coelho

    Related Posts

    • Ekonomi
    • January 20, 2025
    • 354 views
    Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

    KUALA LUMPUR: Malaysia catat rekod tertinggi perdagangan RM2.879 meningkat kepada 9.2 pada 2024, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport melebihi…

    • Ekonomi
    • January 8, 2025
    • 304 views
    Kerajaan perkenal insentif cukai istimewa tarik pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

    KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan kadar cukai korporat isitimewa 5% bagi tempoh sehingga 15 tahu menerusi pakej insentif cukai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

    • April 9, 2025
    HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat