Kedah jadi fokus utama berbanding negeri-negeri lain pada PRN kali ini – Mahdzir

  • News
  • April 18, 2023

SUNGAI PETANI: Gabungan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan akan memberikan fokus kepada enam negeri terutama melibatkan kempen-kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, negeri Kedah akan menerima lebih keutamaan berbanding negeri-negeri yang lain.

Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, isu air dan orang muda adalah ‘new deal’ Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Kedah.

“Sepatutnya kerajaan negeri ada tanggungjawab dalam perkara yang patut diselesaikan di negeri Kedah tetapi tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

“Jadi perkara yang itu kita ambil tumpuan, ini adalah ‘new deal’ Kerajaan Perpaduan kepada rakyat di Kedah menjelang PRN kelak.

“Penawarannya adalah nombor satu fokus kepada isu air dan nombor dua adalah melibatkan orang muda. Orang muda ini kita hendak memiliki kerjasama dengan industri yang ada,” katanya.

Mahdzir berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Sidang Meja Bulat, Parti-parti Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Kedah, di Dewan Persatuan Pendidikan Akhlak Lip Seang Kor, Sungai Petani pada Isnin malam.

Menurut beliau juga, penubuhan Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah akan menjadi platform dalam membentuk gandingan jitu membabitkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam berhadapan dengan saingan sengit Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa anjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang merupakan acara tahunan di Seri Perdana, tidak akan diadakan bagi tahun ini.

Menurut beliau, ia adalah bagi membolehkannya menghadiri Majlis Rumah Aidilfitri yang dianjurkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

Anwar turut memaklumkan, sebagai permulaan beliau akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri di Kedah yang dijadual berlangsung pada 29 April depan.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • March 13, 2025
    • 119 views
    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

    KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

    • News
    • March 13, 2025
    • 134 views
    Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

    KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    • March 27, 2025
    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    • March 25, 2025
    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    • March 19, 2025
    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

    • March 19, 2025
    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan