Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan hari ini kerana mata wang tempatan itu masih dalam kedudukan terlebih beli menjelang kenaikan kadar faedah yang dijangkakan pada Mei ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.18 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4350/4380 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.4200/4250.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka lemah hari ini, dalam sekitar RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar AS dengan petunjuk teknikal menunjukkan ringgit berada dalam keadaan terlebih beli.

“Paras rintangan semasa adalah pada RM4.4236 dan dolar AS/ringgit mungkin berlegar dalam paras sedemikian,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata hasil Perbendaharaan AS lebih tinggi dengan hasil dua tahun yang berkait rapat dengan kadar faedah meningkat lebih daripada sembilan mata asas kepada 4.19 peratus berikutan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menyambung semula dasar untuk mengetatkan kadar faedah pada Mei apabila mengadakan pertemuan yang seterusnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2974/3001 daripada 3.2968/3008 pada penutup Isnin, meningkat kepada 4.8448/8481 daripada 4.8532/8587 berbanding euro dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4861/4898 daripada 5.4808/4870 semalam.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean, kecuali peso Filipina yang tidak berubah pada 7.91/7.92 daripada 7.91/7.93 pada Isnin.

Ringgit menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.1 daripada 298.7/299.2, rendah sedikit berbanding baht Thailand pada 12.8607/8750 daripada 12.8604/8813 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3233/3258 daripada 3.3196/3238 semalam. 

  • Coelho

    Related Posts

    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    KUALA LUMPUR– Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap IJM Corporation Berhad berpotensi meningkatkan risiko pelaksanaan serta menambah ketidaktentuan terhadap tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat oleh Sunway Berhad, menurut MBSB Research.…

    Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

    KUALA LUMPUR, 9 Jan — Citaglobal Berhad mendedahkan bahawa anak syarikatnya, Citaglobal Capital Sdn Bhd, merekodkan pinjaman tertunggak berjumlah RM18.5 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2025.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    • January 23, 2026
    KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    • January 20, 2026
    Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    • January 18, 2026
    China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    • January 18, 2026
    PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    • January 16, 2026
    Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

    • January 16, 2026
    Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan