Ringgit jatuh kepada RM4.43 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan data pekerjaan AS yang kukuh meredakan kebimbangan terhadap kemelesetan di sana dan mendorong permintaan ke atas dolar.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4370/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4400 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata walau bagaimanapun, memandangkan ringgit masih terlebih jual dari sudut pandang teknikal, peningkatan ringgit berbanding dolar AS seterusnya boleh dijangkakan.

“Paras sokongan semasa adalah pada RM4.4254 dan ringgit mungkin cenderung kepada paras itu berbanding dolar AS,” katanya.

Pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 Malaysia pada Jumaat akan dipantau dengan teliti, katanya.

“Kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK mungkin mencapai 5.5 peratus. Unjuran sedemikian adalah berdasarkan penggunaan swasta yang lebih kukuh memandangkan pasaran buruh terus pulih,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.6044/6145 berbanding 5.5908/5971 pada Jumaat lalu dan susut berbanding euro kepada 4.8909/8997 daripada 4.8900/8955.

Walau bagaimanapun, unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2884/2945 daripada 3.3050/3090 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3467/3532 daripada 3.3464/3507 pada Jumaat lalu dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 302.2/302.9 daripada 302.1/302.6.

Ringgit naik berbanding baht Thai kepada 13.0924/1229 daripada 13.1446/1661 serta meningkat peso Filipina kepada 8.01/8.03 daripada 8.02/8.03.

  • Coelho

    Related Posts

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    • May 28, 2025
    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    • May 28, 2025
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo