Pendapatan Gamuda tidak terjejas projek Penang South Islands dikurangkan – PublicInvest

KUALA LUMPUR: Pengurangan sebanyak 49% bagi projek penambakan Penang South Islan (PSI) dijamin tidak menjejaskan pendapatan Gamuda Berhad, menurut Public Investment Bank Bhd (PublicInvest).

“Tiada kesan kepada pendapatan Gamuda pada pandangan kami kerana perjanjian yang ditandatangani antara SRS Consortium dan kerajaan negeri Pulau Pinang hanya meliputi Fasa 1 projek penambakan Pulau A,” demikian kata firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam sidang media semalam berkata kerajaan Pulau Pinang bersetuju mengurangkan projek PSI selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei telah mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan menyediakan dana tambahan untuk mempercepatkan projek pembinaan transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas serta meminta negeri menyemak dan mengurangkan skop projek PSI.

Jabatan Alam Sekitar (DOE) telah meluluskan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk projek PSI, yang melibatkan penambakan tiga pulau Pulau A (2,300 hektar), Pulau B (1,400 hektar) dan Pulau C (800 hektar) di selatan Pulau Pinang.

Firma itu berkata Gamuda melalui pemilikan 60% dalam SRS Consoritum mengambil bahagian dalam dua peringkat dalam projek penambakan Pulau A sebagai pemaju projek dan kontraktor siap guna di bawah usaha sama 70:30 antara SRS dan kerajaan negeri.

Gamuda juga merupakan kontraktor tunggal bagi kerja-kerja penambakan Pulau A Fasa 1 seluas 1,200 hektar daripada 2,300 hektar, mengikut perjanjian yang ditandatangani, tambahnya.

“Ini bermakna buku pesanan bernilai RM4 bilion hingga RM4.5 bilion dalam tempoh penambakan enam tahun, bermula pada suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23), dengan RM8 bilion hingga RM9 bilion akan diiktiraf dalam tempoh tujuh tahun,” katanya sambil menambah, penjualan tanah dijangka bermula dari tahun keempat selepas penambakan dimulakan.

PublicInvest menganggarkan pengiktirafan keuntungan bersih sebanyak RM304 juta hingga RM342 juta daripada kerja-kerja penambakan ini dengan mengandaikan margin sebelum cukai 10% dan dianggarkan akan menambah kira-kira 20% kepada buku pesanan tertunggak Gamuda sebanyak RM20.5 bilion.

Menurut firma itu, penambakan dijangka bermula menjelang 4QFY23, dengan mengandaikan kelulusan EMP mengambil masa tiga hingga empat bulan lagi.

“Selain itu, kami juga menjangkakan LRT Bayan Lepas di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) akan bermula lebih awal daripada jangkaan, dengan andaian pembiayaan diperoleh daripada kerajaan,” tambahnya.

PublicInvest mengekalkan ramalan dan harga sasaran (TP) RM5.10 sesaham memandangkan firma itu telah mengambil kira projek penambakan PSI ke dalam andaian penambahan buku pesanan FY23 sebanyak RM15 bilion.

  • Coelho

    Related Posts

    Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

    KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    • October 27, 2025
    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    • October 27, 2025
    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    • October 7, 2025
    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

    • October 3, 2025
    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah