MEASAT sedia perkhidmatan jalur lebar percuma kepada anggota tentera bertugas di persempadanan terpencil

KUALA LUMPUR: MEASAT Global Berhad, akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit menerusi program CONNECTme NOW secara percuma kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di pos-pos kawalan persempadanan terpencil terpilih di seluruh negara.

Ketua Pegawai Operasi MEASAT, Yau Chyong Lim berkata, sebagai sebuah syarikat tempatan yang komited dalam menyediakan liputan jalur lebar sehingga ke kawasan-kawasan paling terpencil di negara ini dan mereka turut mengiktiraf dedikasi anggota ATM.

“Kami amat berbesar hati dengan kerjasama ini serta memberi sokongan sepenuhnya kepada ATM dalam memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara.

“Berjauhan daripada insan tersayang bagi tempoh yang lama ada kalanya amat mencabar, oleh itu kami ingin memudahkan anggota tentera yang penuh dedikasi untuk berhubung dengan keluarga mereka menerusi platform CONNECTme NOW berkelajuan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

CONNECTme NOW adalah perkhidmatan hotspot WiFi jalur lebar satelit prabayar terkemuka di Malaysia.

Ia menyediakan perkhidmatan jalur lebar satelit bertumpukan komuniti bagi merealisasikan aspirasi jalur lebar negara. Ketika ini, CONNECTme NOW menyediakan 400,000 hubungan jalur lebar dalam komuniti yang tidak terhubung dan menetap di kawasan-kawasan luar liputan 4G atau terestrial di seluruh negara.

Keupayaan MEASAT dalam menyampaikan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi di seluruh negara menjadikannya rakan strategik untuk menyokong aspirasi kerajaan untuk mencapai 100% liputan internet di kawasan-kawasan berpenghuni menjelang tahun 2025.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM amat mengalu-alukan sumbangan daripada MEASAT, terutama usaha-usaha yang dapat memelihara kebajikan dan kesejahteraan anggota ATM sepanjang tempoh bertugas di pos-pos sempadan terpencil.

“Pihak ATM juga menyambut baik usaha sektor swasta di Malaysia yang menyumbang kepakaran mereka terutama mewujudkan inisiatif yang menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang bertugas melindungi kedaulatan negara,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

    WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

    Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

    • July 30, 2025
    5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

    YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

    • July 29, 2025
    YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

    Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

    • July 29, 2025
    Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

    Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

    • July 26, 2025
    Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN