Ringgit merosot kepada RM4.51 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sikap pelabur yang kekal berhati-hati berhubung tarikh akhir siling hutang AS, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5130/5175 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.4975/5005.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata perbincangan antara Presiden AS dan Speaker Dewan masih belum menunjukkan hasil yang ketara, kecuali kedua-duanya komited untuk menyelesaikan isu itu.

“Sementara itu, jualan runcit AS, barometer untuk perbelanjaan pengguna yang menyumbang lebih daripada dua pertiga kepada ekonomi AS, meningkat kepada 0.4 peratus bulan ke bulan pada April 2023 selepas penurunan dua bulan berturut-turut,” beliau kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau menyatakan data terbaharu adalah di bawah anggaran konsensus sebanyak 0.7 peratus, menunjukkan bahawa prospek ekonomi untuk perbelanjaan isi rumah kekal mencabar.

“Indeks dolar AS (DXY) terus kekal tinggi dan sekali gus menunjukkan penghindaran risiko dalam pasaran mata wang,” kata Mohd Afzanizam.

Oleh itu, beliau percaya ringgit akan terus kekal lemah dalam tempoh terdekat kerana pelabur lebih suka memegang mata wang selamat kerana ketidaktentuan siling hutang kekal dengan tarikh akhir 1 Jun semakin hampir.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6349/6406 berbanding 5.6367/6405 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3074/3110 daripada 3.3126/3150 sebelum ini, tetapi susut berbanding euro untuk mencatatkan paras 4.9056/9105 berbanding 4.8991/9024 semalam.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 304.4/304.9 daripada 303.4/303.8 pada hari Selasa, turun kepada 3.3684/3720 berbanding dolar Singapura daripada 3.3659/3686 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.03/8.05 from 8.02/8.03 sebelumnya.

Namun, ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.2218/2404 daripada 13.2400/2547 penutupan urus niaga semalam.

  • Coelho

    Related Posts

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis