Halim Saad nafi disiasat SPRM

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad, nafi laporan media yang mendakwanya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng sejumlah RM2.3 bilion.

Ia berkaitan pembelian saham syarikat tersenarai oleh sebuah konglomerat Malaysia pada 26 tahun lalu.

“SPRM tidak memanggil saya untuk disoal siasat mengenai isu itu,” kata bekas pengerusi eksektif Renong Bhd seperti memetik laporan FMT hari ini.

Jumaat lalu, media melaporkan SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap seorang bekas menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara.

Laporan berkenaan yang memetik sumber menyatakan, SPRM mula menyiasat kedua-dua individu terbabit selepas nama mereka tersenarai dalam Pandora Papers, sebagai yang mempunyai kaitan dengan tempat berlindung cukai luar pesisir.

https://2c53f6879f32c6a49e684c779d87faa4.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html Halim yang kini berkecimpung dalam industri minyak dan gas (O&G) di luar nergara, mengecam laporan akhbar The Edge yang mengaitkan dirinya dalam pemerolehan saham bernilai RM2.3 bilion.

Ia susulan laporan media itu yang mengesahkan sumber SPRM bahawa transaksi itu melibatkan pembelian 32.6% kepentingan atau 722.9 juta saham dalam Renong Bhd oleh United Engineers (M) Bhd (UEM) pada harga RM2.3 bilion pada November 1997, di tengah-tengah krisis kewangan Asia.

The Edge juga bertindak menerbitkan semula tiga artikelnya mengenai pemerolehan saham Renong UEM dari November 1997.

Halim berkata, artikel-artikel itu mencetuskan spekulasi tidak berasas mengenainya dan menimbulkan pertikaian mengenai peranannya dalam pembelian saham Renong oleh UEM.

Beliau itu beliau mencabar media berkenaan mengemukakan salah lakunya dalam urus niaga tersebut.

Halim merupakan individu penting dalam perkembangan empayar Renong.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 18, 2025
    • 281 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    • News
    • April 17, 2025
    • 226 views
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis