SPRM buka kertas siasatan dakwaan rasuah projek Petronas bernilai RM399 jutaSPRM buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan sudah membuka siasatan berhubung pemberian projek PETRONAS bernilai RM399 juta di Sarawak kepada syarikat luar negara yang sebelum ini disekat oleh negara luar akibat pendakwaan rasuah.

SPRM berkata, dalam siasatan itu pihaknya menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja dipercayai berkaitan pemberian tender projek berkenaan.

Sehubungan itu, agensi berkenaan berkata PETRONAS perlu membuat penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan rasuah.

“Berhubung dakwaan terdapat perbuatan rasuah membabitkan projek PETRONAS serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini, SPRM mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap isu itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM juga mengesahkan PETRONAS sudah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu.

Agensi berkenaan juga menyeru pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu terbabit supaya tampil untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Siasatan terbaru SPRM terhadap PETRONAS itu adalah yang kedua dalam tempoh dua tahun, selepas agensi penguatkuasaan berkenaan ‘menyerbu’ Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) pada November tahun lalu dan menahan sembilan individu termasuk seorang eksekutif muda.

Pendedahan mengenai pemberian projek RM399 juta di Sarawak itu dilaporkan oleh sebuah portal, ‘The Corporate Secret’ sejak awal bulan ini yang mendakwa ia membabitkan pegawai tertinggi PETRONAS.

Ia mendakwa, syarikat luar negara yang melakukan rasuah di 14 negara itu diberikan projek dengan jumlah kontrak AS$96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak.

Perjanjian itu membabitkan pembinaan kemudahan baharu dengan kapasiti untuk 390 meter kaki padu gas standard sehari serta pengubahsuaian dan hubungan dengan loji PETRONAS sedia ada yang juga terletak di Bintulu.

Syarikat luar negara itu juga didakwa pernah disekat oleh PETRONAS pada 2016 kerana skandal rasuah, tetapi kemudian didakwa diberi layanan istimewa walaupun beberapa negara sudah membuat sekatan terhadap syarikat berkenaan pada 2021.

Emiriah Arab Bersatu pada Mac 2021 melarang syarikat itu bersaing untuk kontrak baharu, beberapa bulan selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.

Pada 2019, bekas eksekutif itu mengaku bersalah atas 11 tuduhan lain yang berkaitan dengan tuduhan rasuah di Iraq dan Arab Saudi.

Menurut portal berkenaan, syarikat itu sebelum ini beroperasi dan mengambil bahagian dalam pengeluaran minyak dan gas sejak tahun 2006 dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan dan PETRONAS.

Peranan utamanya adalah untuk membantu mewujudkan sumber minyak dan gas di negara ini dengan insentif cukai dan membolehkan pakar asing yang mahir bekerjasama dengan sumber tempatan.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 347 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    • May 28, 2025
    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    • May 28, 2025
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo