Johari sepatutnya jadi Menteri Kewangan II – KJ

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin berkata Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani sepatutnya dilantik sebagai menteri kewangan kedua untuk membantu Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, pertanyaan Johari di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung syarikat tanpa rekod prestasi dibenarkan menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat China adalah bukti yang beliau mempunyai kepakaran untuk memegang jawatan itu.

Katanya, Johari tidak akan membangkitkan soal kebimbangkan syarikat yang menandatangani perjanjian itu sekiranya tidak membuat kajian terhadap syarikat terbabit.

“Saya rasa mungkin selepas pilihan raya negeri, Johari patut jadi menteri kewangan kedua kerana setiap kali perdana menteri memegang portfolio kewangan, ada menteri kewangan kedua,” katanya dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama Shahril Hamdan.

Ketika ini Anwar adalah perdana menteri dan juga menteri kewangan.

Khairy berkata semasa zaman Dr Mahathir Mohamad selepas memecat Anwar, beliau melantik Mustapa Mohamed sebagai menteri kewangan kedua.

Begitu juga pada zaman pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang melantik Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri kewangan kedua.

Malah ketika pentadbiran Najib Razak, Ahmad Husni Hanadzlah menjadi menteri kewangan kedua pada penggal pertama dan Johari pada penggal kedua.

Khairy berkata, sungguh pun Anwar seorang yang berbakat namun beliau turut dibebani tanggungjawab besar sebagai menteri kewangan yang memerlukan banyak keputusan teliti untuk dibuat.

“Sebab saya dari awal saya kata PMX (Anwar) adalah ahli politik yang berbakat tapi tak kira betapa berbakat pun anda, tak ada seorang pun individu yang boleh melaksanakan kedua-dua tugas perdana menteri dan menteri kewangan secara penuh.

“Menteri kewangan perlu membuat banyak keputusan dan menyemak banyak dokumen setiap hari, kebanyakkannya tidak boleh diwakilkan kepada timbalan,” katanya.

Khairy berkata, beliau sangat menyokong Johari dilantik sebagai menteri kewangan kedua.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 426 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    • June 13, 2025
    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    • June 13, 2025
    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN