MYSA, Jabatan Perhutanan Sabah jalin kerjasama perkasa teknologi angkasa dalam pengurusan sumber hutan Sabah

LANGKAWI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Perhutanan Sabah bertujuan memperkasa kerjasama penggunaan teknologi angkasa dan remote sensing dalam pengurusan sumber hutan secara lestari.

MOSTI dalam satu kenyataan berkata, skop kerjasama ini merangkumi pemantauan dan pemetaan kawasan berhutan di seluruh negeri Sabah berteraskan teknologi angkasa yang merupakan satu pendekatan baharu dalam pengurusan sumber hutan dan pendigitalan maklumat perhutanan.

Menurut MOSTI, melalui kerjasama ini, beberapa pakej Sistem Aplikasi telah dibangunkan khusus untuk membantu pihak Jabatan Perhutanan Sabah  dalam pengurusan sumber hutan iaitu Sistem iForSABAH bagi pengurusan dan pemantauan litupan hutan serta Sistem e-PESISIR yang memfokuskan pemantauan kawasan pesisiran pantai negara.

“Penggunaan teknologi angkasa memberikan impak yang sangat signifikan dalam pengurusan sumber hutan khususnya bagi membantu pihak Jabatan Perhutanan Sabah dalam membuat pemetaan dan pengemaskinian litupan hutan secara tepat dan berkala setiap dua tahun sejak 2010.

“Pengoperasian sepenuhnya sistem-sistem aplikasi yang telah dibangunkan juga telah mengurangkan kos operasi di lapangan sehingga 40% dan menjimatkan masa pelaksanaan kerja,” katanya.

Kerjasama MYSA dengan Jabatan Perhutanan Sabah ini merupakan kali ketiga sejak tahun 2013.

Kali pertama perjanjian bersama telah dimeterai pada tahun 2013, manakala perjanjian kedua pada 2017.

“Kerjasama strategik ini juga selari dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti yang direncanakan dibawah Program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Mei 2023 di LIMA’23,” katanya.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah MYSA Azlikamil Napiah dan Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • March 13, 2025
    • 120 views
    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

    KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

    • News
    • March 13, 2025
    • 134 views
    Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

    KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    • March 27, 2025
    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    • March 25, 2025
    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    • March 19, 2025
    Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

    • March 19, 2025
    Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan