Sarawak sasar jadi pembekal utama tenaga Asia TenggaraSarawak sasar jadi pembekal

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata penjanaan kuasa hidro akan terus diberikan perhatian utama.

Justeru katanya, sebuah empangan hindro elektrik baharu kini dirancang untuk empangan di utara Sarawak.

Katanya, Sarawak memanfaatkan pelbagai sumber boleh diperbaharui bagi mencapai matlamat untuk menjadi pengeluar utama tenaga elektrik rantau Asia Tenggara.

“Kita masih mempunyai potensi yang besar dalam pembangunan hidro elektrik sebagai pembekal tenaga mampan.

“Bagi meningkatkan kapasiti tenaga menerusi hidro elektrik, saya sudah mengarahkan Sarawak Energy Bhd (SEB) untuk meneroka pembangunan empangan hidro elektrik Trusan di Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Anugerah Vendor SEB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) sudah menyatakan minat untuk memegang ekuiti di dalam pembangunan empangan di Trusan itu.

“Rundingan juga sedang berjalan dengan pihak ketiga untuk turut memperoleh ekuiti dalam empangan itu.

“Projek pembinaan empangan itu tidak akan menjejaskan penduduk setempat kerana tiada penempatan di dalam kawasan projek,” katanya.

Menurutnya lagi, SEB juga sedang mengkaji penggunaan turbin gas serta meneroka potensi tenaga solar bagi menambah sumber bekalan tenaga wilayah ini.

“Saya meminta SEB untuk meneliti kaedah bagi mempercepatkan penggunaan turbin gas sebagai alternatif untuk membekalkan tenaga.

“Kita mempunyai gas asli yang menjadi sumber bahan bakar untuk menjana tenaga menerusi turbin gas dan saya juga percaya tenaga akan lebih murah dalam tempoh 10 tahun akan datang apabila teknologi bertambah baik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata penyelidikan juga sedang dijalankan untuk menambah baik sistem solar dan angin hibrid sekali gus menjadikan Sarawak mempunyai empat sumber tenaga.

“Dengan empat sumber tenaga itu, saya amat yakin SEB akan menjadi pemain utama dalam menjana kuasa di rantau ini,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

    • December 6, 2025
    Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

    Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

    • December 5, 2025
    Catcha Digital Selesaikan Pengambilalihan Maxoom Bernilai RM6.13 Juta, Tinggal Dua Lagi Transaksi Utama

    Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

    • December 5, 2025
    Ancom Nylex Umum Pelupusan 50% Saham Maxlive kepada Rakan Strategik Thailand Bernilai RM76.9 Juta

    Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

    • December 5, 2025
    Pemegang Saham Malayan Cement Beri Mandat Baharu, Francis Yeoh Kekal Pengerusi Eksekutif

    Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

    • November 18, 2025
    Dato’ Julita Ilhani Dilantik Pengerusi Baharu MCCD, Gerakkan Agenda Transformasi PKS MADANI

    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa