Bursa Malaysia ditutup rendah

author
2 minutes, 16 seconds Read

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia terus ditutup rendah pada Khamis di tengah-tengah kekurangan pemangkin meskipun keyakinan dalam pasaran terhadap perkembangan isu siling hutang Amerika Syarikat (AS).

Rang undang-undang untuk menaikkan siling hutang AS telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan dan akan dibawa ke Senat bagi undian akhir menjelang tarikh akhirnya pada Isnin.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 4.11 mata kepada 1,383.01 daripada paras penutup 1,387.12 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka rendah turun 3.82 mata kepada 1,383.30 pagi ini dan bergerak antara paras 1,378.58 dan 1,386.41 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 474 berbanding 319, manakala 432 kaunter tidak berubah, 1,015 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.94 bilion unit bernilai RM1.81 bilion daripada 3.54 bilion unit bernilai RM5.25 bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng percaya Kongres akan meluluskan kenaikan siling hutang AS lewat hari ini untuk menyelamatkan ekonomi negara itu.

“Sehingga isu itu diselesaikan, ketidakpastian akan berterusan dalam pasaran,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya, pasaran mungkin menguji lantunan semula esok dan pelabur dijangka membeli saham yang mencatatkan penurunan.

Terdahulu, pasaran domestik mencuba untuk mencatatkan pemulihan sederhana tetapi sokongan terhad, kata penganalisis.

Di peringkat serantau, kebanyakan pasaran ekuiti berjaya pulih dengan kenaikan sederhana dan mungkin memberi sokongan kepada pasaran domestik esok.

Di bursa tempatan, CelcomDigi, MISC dan Maybank adalah kaunter paling rugi dalam kalangan saham wajaran tinggi, masing-masing turun sembilan sen kepada RM4.38, 15 sen kepada RM7.15 dan lima sen kepada RM8.60.

Bagaimanapun, Press Metal dan Maxis naik sembilan sen setiap satu masing-masing kepada RM4.70 dan RM4.20.

Dalam kalangan kaunter cergas, Borneo Oil dan MyEG tidak berubah masing-masing kepada dua sen dan 84 sen, YTL Corp turun tujuh sen kepada 90 sen dan Synergy House jatuh lapan sen kepada 35 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 39.86 mata kepada 10,203.23, Indeks FBMT 100 turun 39.43 mata kepada 9,910.08, Indeks FBM Emas Syariah jatuh 53.16 mata kepada 10,553.35, Indeks FBM 70 susut 95.06 mata kepada 13,561.81, manakala Indeks FBM ACE meningkat 2.51 mata kepada 4,949.75.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 13.45 mata kepada 15,193.29 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.33 mata kepada 158.78, Indeks Tenaga jatuh 2.76 mata kepada 806.68, manakala Indeks Perladangan meningkat sebanyak 5.71 mata kepada 6,606.79.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.15 bilion unit bernilai RM1.61 bilion daripada 2.75 bilion unit bernilai RM5.03 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 178.78 juta unit bernilai RM35.22 juta berbanding 253.92 juta unit bernilai RM35.22 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 611.59 juta saham bernilai RM189.98 juta daripada 535.22 juta saham bernilai RM186.02 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 304.97 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (913.16 juta); pembinaan (62.31 juta); teknologi (179.35 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (70.40 juta); hartanah (201.95 juta); perladangan (23.33 juta); REITs (13.45 juta), dana tertutup (84,000); tenaga (122.65 juta); penjagaan kesihatan (54.40 juta); telekomunikasi dan media (47 juta); pengangkutan dan logistik (27.22 juta) dan utiliti (130.19 juta).

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *