Bursa Malaysia kekal rendah pada sesi tengahari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan tengah hari rendah hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.95 mata kepada 1,378.06 daripada 1,383.01 pada penutup semalam.

Namun begitu, indeks utama dibuka 2.81 mata lebih tinggi pada 1,385.82, tahap tertinggi sepanjang sesi pagi sebelum bergerak mencecah tahap terendah 1,376.78.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan bercampur-campur, menyaksikan kaunter untung 385, kaunter rugi 357 manakala 400 kaunter tidak berubah, 1,114 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan RM2.09 bilion bernilai RM924.05 juta.

Seorang penganalisis berkata pasaran juga menyaksikan kekurangan dorongan asas.

Beliau menambah dagangan turut lembap kerana kebanyakan pelabur menantikan data laporan pekerjaan bulanan Amerika Syarikat yang dijangka dikeluarkan lewat hari ini yang boleh memberi kesan kepada prospek kadar faedah Rizab Persekutuan.

Di samping itu, Senat AS akan mengundi rang undang-undang berkenaan hari ini untuk membuka jalan kepada pemeteraian undang-undang oleh Presiden Joe Biden.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi – Maxis susut 12 sen kepada RM4.04, Nestle rugi RM4.20 kepada RM130.20, IHH Healthcare turun sembilan sen untuk mencatatkan harga RM5.65 dan Hong Leong Bank kehilangan 36 sen kepada RM18.92.

Sementara itu, Public Bank lebih rendah empat sen kepada RM3.79 dan CIMB Group menguncup enam sen kepada RM4.80.

Saham-saham aktif, KNM Group menambah 1.5 sen kepada lapan sen, MyEG menokok 2.5 sen kepada 86.5 sen, Borneo Oil lemah setengah sen kepada 1.5 sen dan Vsolar peroleh 7.5 sen kepada 31.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 19.96 mata kepada 10,183.27, Indeks FBMT 100 berkurangan 22.71 mata kepada 9,887.37 tetapi Indeks FBM Emas Syariah mengembang 8.05 mata kepada 10,561.40

Indeks FBM ACE pula menambah 34.64 mata untuk mencatatkan paras 4,984.39 manakala Indeks FBM 70 meraih 21.49 mata kepada 13,583.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 131.64 mata kepada 15,061.65 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.72 mata kepada 159.50, Indeks Perladangan mengembang 41.15 mata menjadi 6,647.93 dan Indeks Tenaga memperoleh 1.53 mata kepada 808.21

  • Coelho

    Related Posts

    BMS Holdings Terima Kelulusan Penyenaraian ACE, IPO Sasar 33.77% Modal Diperbesarkan

    KUALA LUMPUR: BMS Holdings Bhd telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE pada suku keempat 2025. Dalam kenyataannya hari ini, peruncit dan pengedar jubin,…

    Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

    KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    • November 15, 2025
    SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    • October 27, 2025
    Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    • October 27, 2025
    Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    • October 7, 2025
    Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

    • October 3, 2025
    Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah