Khairy bakal bertemu dengan Muhyiddin dalam tempoh terdekat bincang tawaran sertai BERSATU

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai nilai sentimental dan tempat tersendiri di hatinya.

Justeru, beliau berkata, apabila menerima tawaran daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti terbabit, beliau berada dalam keadaan serba-salah untuk membuat keputusan.

“Saya dalam keadaan serba salah untuk decide (tentukan), tetapi pada masa sama, saya ada ‘nilai sentimental’ kepada Tan Sri.

“Saya DNA sebagai ahli politik, the end of the day i want to get back into politic now or later, so I will see him soon (akhir nanti saya mahu kembali ke arena politik sama ada sekarang atau nanti, jadi saya akan bertemu beliau dalam tempoh terdekat),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program podcast bertajuk Keluar Sekejap semalam.

Khairy yang juga Bekas Ahli Parlimen Rembau, itu berkata komen dan kritikan yang diterima daripada penyokong Umno dan Pakatan Harapan (PH), bakal mempengaruhi keputusannya.

“Bersatu dan PAS tidak pernah bercakap perkara yang buruk mengenai saya tapi kalau tengok Umno dan komen orang Umno serta PH, ia bukan hanya kritikan biasa.

“Sebaliknya ada yang berbentuk peribadi, malah ia berlarutan sehingga hari ini. Di tahap psikologi, ia mempunyai impak kepada apa yang akan saya lakukan atau mungkin tidak lakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut diundang menjadi tetamu jemputan dalam sesi podcast berkenaan menyifatkan Khairy seorang pemimpin muda yang terbukti berjaya dalam politik.

“Tidak ramai pemimpin anak muda yang terbukti berjaya dalam politik.

“KJ adalah salah seorang daripadanya dan sayanglah kalau kita tidak mendapatkan khidmat beliau untuk menabur bakti kepada negara hanya kerana kezaliman yang dibuat Presiden UMNO ke atas beliau.

“Kami di BERSATU tidak bersikap begitu. Kita tidak pernah menghukum bakat-bakat muda hanya kerana presiden yang takut untuk bertanding.

“Jadi KJ, anda dijemput untuk menyertai kami,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Shahril mengapa BERSATU mahukan KJ dan kenapa bekas Ahli Parlimen Rembau itu perlu menerima tawaran berkenaan, Wan Ahmad Fayshal berkata:

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 18, 2025
    • 208 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    • News
    • April 17, 2025
    • 158 views
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    • April 18, 2025
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    • April 18, 2025
    Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    • April 18, 2025
    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

    • April 17, 2025
    Menara KL ditutup sementara bermula Khamis