Jangkaan kenaikan kadar faedah heret turun ringgit

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit turun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini kerana peniaga menjangkakan langkah bank-bank pusat global terhadap kenaikan kadar faedah nampaknya masih belum berakhir, seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6035/6100 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.5950/6000.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata, naratif untuk dasar monetari yang lebih ketat nampaknya muncul kembali selepas Reserve Bank of Australia dan Bank of Canada (BoC) mengumumkan kenaikan kadar dasar masing-masing minggu ini.

“BoC tanpa diduga menaikkan unjuran kadar semalaman sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.75 peratus selepas mengekalkannya stabil sejak mesyuarat Mac,” katanya kepada Bernama.

Begitu juga, Reserve Bank of Australia menaikkan kadar tunainya sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.10 peratus semalam.

Kenaikan kadar menunjukkan bank-bank pusat global belum lagi selesai dengan kitaran kenaikan kadar faedah kerana mereka melihat terdapat keperluan mendesak untuk membawa inflasi kembali ke paras sasaran, kata Mohd Afzanizam .

“Sehubungan itu, ringgit boleh bergerak dalam julat kecil sekitar RM4.60 berbanding dolar AS kerana peserta pasaran akan terus mencerna langkah BoC dan bagaimana ia boleh menjejaskan keputusan kadar dasar bank pusat lain,” tambahnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai kepada 3.2899/2947 berbanding yen Jepun daripada penutupan urus niaga semalam 3.2996/3034 tetapi merosot nilai berbanding euro kepada 4.9299/9368 daripada 4.9176/9229 dan lemah berbanding pound Britain menjadi 5.7309/7390 daripada 5.7212/7275 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan rendah.

Nilai tempatan rendah dolar Singapura kepada 3.4140/4191 daripada 3.4098/4137 pada Rabu, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.9 daripada 308.8/309.2 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.20/8.22 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit lebih tinggi berbanding baht Thai kepada 13.2117/2357 daripada 13.2303/2508 sebelumnya.

  • Coelho

    Related Posts

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025