Dagangan Bursa Malaysia bermula positif minggu ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk prestasi positif yang dicatatkan Wall Street pada Jumaat lalu, dalam keadaan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.31 mata kepada 1,381.39 daripada 1,376.08 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama itu dibuka 1.53 mata lebih kukuh kepada 1,377.61.

Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 164 berbanding 154, manakala 262 kaunter tidak berubah, 1,664 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 233.51 juta unit bernilai RM86.15 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd pelabur pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah memandangkan inflasi yang semakin reda di AS.

“Kita yakin kenaikan minggu lalu (di Wall Street) mungkin terus memberi limpahan ke dalam bursa tempatan kita namun, ia mungkin dikekang menjelang pilihan raya di enam negeri.

“Memandangkan kenaikan di Wall Street, disokong oleh keyakinan bahawa kenaikan kadar faedah AS berpotensi dihentikan buat sementara, kami menganggap sektor teknologi mungkin mengalami lantunan selanjutnya. Selain itu, pelabur mungkin cenderung kepada sektor perladangan susulan persetujuan bersama Malaysia dan Indonesia untuk mempertahankan kepentingan minyak sawit,” katanya.

Antara saham berwajaran tinggi, Public Bank, Tenaga Nasional, Petronas Chemicals dan CelcomDigi masing-masing menambah empat sen kepada RM3.86, RM9.22, RM6.44 dan RM4.32.

CIMB meningkat lima sen kepada RM5.00 manakala Maybank tidak berubah pada RM8.62.

Daripada kalangan saham aktif, Classita dan Ahmad Zaki masing-masing naik dua sen kepada 14.5 sen dan 21.5 sen manakala Sarawak Consolidated menokok satu sen kepada 31.0 sen.

Malaysia Building Society meningkat 3.5 sen kepada 66.5 sen namun MQ Technology turun setengah sen kepada 3.0 sen manakala Tanco kekal pada 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 39.07 mata kepada 10,191.05; Indeks FBMT 100 menokok 40.04 mata kepada 9,889.91 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 31.26 mata kepada 10,513.32.

Indeks FBM 70 meningkat 62.98 mata kepada 13,498.81 namun, Indeks FBM ACE turun 22.38 mata kepada 5,028.45.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.49 mata kepada 158.40 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 102.80 mata kepada 15,242.76.

Walau bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 10.13 mata kepada 6,676.51 dan Indeks Tenaga menguncup 1.08 mata kepada 790.22.

  • Coelho

    Related Posts

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025