Taman tema Harry Potter miliki dalaman terbesar dibuka di Tokyo

TOKYO: Warner Bros Studio Tour Tokyo – The Making of Harry Potter dibuka kepada umum pada Jumaat, membolehkan pelawat meneroka produksi di sebalik tabir filem Harry Potter serta melalui pengalaman ajaib secara interaktif.

Studio yang dibina di tapak bekas Toshimaen di Daerah Nerima Tokyo itu merupakan tarikan dalaman Harry Potter terbesar di dunia dan Jelajah Studio Warner Bros pertama yang dibuka di Asia, lapor Xinhua.

Pada majlis perasmian itu, pelakon British Thomas Andrew Felton, yang memainkan watak Draco Malfoy, mewakili para pelakon siri itu menyatakan penghargaannya terhadap “perhatian ke atas perincian yang telah dibuat untuk rumah baharu yang hebat untuk dunia sihir itu”.

Tarikan kedua seumpamanya di dunia selepas London itu menampilkan bukan sahaja set filem ikonik, seperti Diagon Alley dan Forbidden Forest, pakaian dan alat peraga, bahkan pengalaman interaktif, dengan pelawat boleh mengambil swafoto yang akan ditayangkan pada skrin seperti lukisan berbingkai, menjadikan mereka berasa seolah-olah menjadi sebahagian daripada latar belakang siri filem itu.

Di studio, pelawat boleh ke Kedai Lawatan Studio terbesar di dunia yang dibahagikan kepada 11 tema berbeza dan dihiasi dengan lebih 7,000 prop dan reka bentuk yang dicipta khas yang diilhamkan oleh unsur-unsur daripada kedai Diagon Alley.

Taman tema itu yang mula dibina pada 2021, juga membolehkan pengunjung menikmati masakan British dan resipi dunia sihir seperti butterbeer yang terkenal di set filem replika.

Tempahan perlu dibuat untuk memasuki taman berkenaan, dengan tiket untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas berharga 6,300 yen (AS$45) manakala mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun sebanyak 5,200 yen (US$37) dan 3,800 yen (AS$27) untuk kanak-kanak berumur antara empat dan 11 tahun.

Goncalves

Related Posts

  • Dunia
  • January 20, 2025
  • 288 views
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi. Katanya, ia selaras dengan hasratnya…

  • Dunia
  • November 6, 2024
  • 403 views
Dolar AS melonjak, pelabur jangka Trump menang pilihan raya Presiden

TOKYO: Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak sekitar 1.5 peratus berbanding yen dan euro hari ini apabila peniaga menimbang implikasi belanjawan daripada kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden AS. Dolar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap