Razaruddin Ketua Polis Negara baharu, sementara Ayob Khan Timbalannya

author
2 minutes, 43 seconds Read

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rashid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu, manakala Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Timbalan Ketua Polis Ngeara, berkuatkuasa Jumaat ini.

Pelantikan Razarudin itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan secara kontrak Razarudin sebagai Ketua Polis Negara selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025.

“Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah diatas kedua-dua pelantikan berkenaan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin, 61, dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor.

Beliau mempunyai berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kontinjen.

Beliau memulakan tugas pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di Daerah Muar, Johor.

Razarudin kemudiannya dilantik sebagai ASP Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di daerah sama pada tahun 1997.

Pada tahun 1998 beliau kembali bertugas di JSJ Daerah Muar sebagai Pegawai Penyiasat Kanan dan di jabatan yang sama di Kontinjen Johor.

Pada tahun 2000, beliau meneruskan khidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kluang sebelum menyambung pelajaran di Maktab PDRM Cheras.

Kemudian beliau ditempatkan di JSJ Daerah Kota Setar dan dinaikkan pangkat ke Timbalan Penguasa Polis (DSP) dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sandakan.

Setelah itu, Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat dan berkhidmat selama tiga tahun.

Beliau kembali ke JSJ Bukit Aman di Operasi Khas D8 dengan pangkat Superintenden dan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.

Sekembalinya dari belajar, beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dan ditempatkan sebagai Penolong Pengarah D9, JSJ Bukit Aman.

Setelah itu beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Komander, Special Task Force On Organise Crime (STFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ke Kontinjen Pulau Pinang sebagai Ketua JSJ.

Beliau dinaikkan pangkat ke Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dua tahun selepas itu, seterusnya dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis dengan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak.

Razarudin kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021.

Sementara itu, pelantikan Ayob Khan adalah menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Ayob Khan

Ayob Khan, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan memulakan tugas pada 1993 di Cawangan Khas Bukit Aman dari pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) sehingga Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) selama 15 tahun.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dan ditempatkan di Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebelum kembali ke Cawangan Khas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada tahun 2016.

Ayob kemudiannya dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis (CP) pada 2020 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor sebelum kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kini sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *