Citaglobal lantik Yasmin Mahmood sebagai Pengarah

author
0 minutes, 43 seconds Read

KUALA LUMPUR: Citaglobal Bhd melantik Datuk Dr Yasmin Mahmood sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Citaglobal dalam satu kenyataan berkata, Yasmin memiliki kerjaya cemerlang menjangkau tiga dekad dalam sektor awam dan swasta, termasuk tiga tahun sebagai Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.

“Dari 2014 hingga 2019, beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd, agensi kerajaan yang berperanan memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

“Di MDEC, Yasmin menerajui inisiatif bina-negara seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), sambil memupuk ekosistem teknologi tempatan dan memacu pelaburan langsung asing ke Malaysia,” katanya.

Ia menambah, dari April 2019 hingga April 2021, Yasmin ialah Pengerusi Pos Malaysia Bhd.

“Di Pos Malaysia, Yasmin mengemudi lembaga pengarah dan pengurusan ke arah penerimaan inisiatif digital, sambil membuat penetapan dalam peringkat pelan pemulihan berterusan kumpulan itu,” katanya.

Yasmin kini ialah ahli lembaga pengarah MIDF Bhd, UMW Holdings Bhd dan Bintulu Ports Holdings Bhd.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *